Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) terus meyakini jenama tempatan dalam menjadi penaja kelengkapan pasukan apabila telah memeterai perjanjian bersama Erigo Sports (Erspo).

Perjanjian itu sekali gus menamatkan jodoh selama empat tahun melibatkan PSSI bersama satu lagi jenama tempatan iaitu Mills.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut kenyataan dikeluarkan laman sesawang rasmi PSSI, Erspo akan menjadi penaja rasmi kelengkapan sukan bagi skuad kebangsaan Indonesia selama dua tahun bermula bulan Mac ini.

Dengan slogan ‘Moving Forward Into The Golden Era’, PSSI yang diketuai Erick Thohir jelas mahu memberikan peluang kepada jenama tempatan untuk ke persada dunia.

“Ini era baharu, era emas. Tidak hanya kita mendorong pasukan kebangsaan kita dapat mempersiapkan diri dengan baik,” ujar Erick.

“SebelumĀ  ini juga ada latihan pusat di Turki, persiapan skuad bawah 20 tahun, tetapi kita juga membuka peluang bagaimana untuk jenama tempatan kita boleh mendunia.”

“Kami cuba untuk mendorong jenama-jenama lokal yang banyak didorong generasi muda dunia, menjadi ekosistem yang saling menguntungkan dengan bola sepak di Indonesia.”

“Yang menariknya, proses [bidaan] ini juga sangat telus. Yang mana kita lihat bagaimana proses tender ini hampir diikuti 20 jenama.”

“Ini kali pertama kerana memang kita mendorong PSSI bukan hanya untuk meningkatkan nilai PSSI dan penaja tetapi juga dalam aspek ketelusan.”

Erspo merupakan sebuah sub-jenama bagi produk sukan yang pertama kali diperkenalkan oleh Erigo Sports. Erigo sebenarnya adalah jenama lokal yang memfokuskan kepada fesyen ‘streetwear’.

Menurut sumber Kaltim Post, Erigo merupakan satu-satunya jenama dari Indonesia yang membuat penampilan di ‘New York Fashion Week’.

 

 

Sumber