Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail menegaskan setiap kelab dalam Liga Malaysia perlu berbelanja mengikut kemampuan berdasarkan dana yang mereka ada.
Menerusi kenyataan di laman Facebook JOHOR Southern Tigers, baginda menyifatkan bahawa bola sepak Malaysia sebenarnya tidak gagal, sebaliknya individu yang berada dalam pengurusan yang gagal menguruskan pasukan masing-masing.
Baca Juga:
- Video: Pertemuan Mesra Sanusi Dan TMJ Curi Tumpuan Warga Maya
- TMJ: JDT Tak Pernah Kalah Dengan Selangor Selama 8 Tahun
- ‘Nak Bola Maju Tapi Tak Nak Ubah Mentaliti’ – Tunku Ismail
“Simple nak manage club. Ada 10 ringgit, belanja 7 ringgit. Perbaiki infra sikit. Ada sasaran realistik. Ini tidak, semua janji menang piala nak jadi ‘populist’. Ada 10 ringgit belanja 15 ringgit.
“Selepas itu apabila gagal bayar gaji, dari pihak pengurusan hingga ke penyokong semua salahkan badan induk FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia), liga MFL (Liga Bolasepak Malaysia) dan pasukan yang juara JDT. Semua orang salah kecuali diri sendiri.
“Bola sepak Malaysia tidak gagal, anda yang gagal,” katanya.
Isu tunggakan gaji sentiasa berlaku dalam Liga Malaysia setiap musim namun kali ini lebih teruk apabila beberapa pemain termasuk tonggak import dilaporkan tidak dibayar gaji sehingga 6 bulan.
Situasi itu turut membimbangkan pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli yang meramalkan Liga Malaysia mungkin lingkup dalam beberapa tahun lagi jika masalah tunggakan gaji terus berulang.
“Saya boleh katakan Liga Super akan tumbang dalam masa beberapa tahun lagi kalau inilah senarionya dan kalau tidak cepat membuat reformasi atau perubahan drastik.
“Saya risau dengan keadaan liga yang tidak mampan kerana kalau kita lihat, sekarang sudah tinggal 13 pasukan pun masih lagi berlaku isu tunggakan gaji walaupun musim baru bermula,” katanya dipetik dalam Arena Metro.
Info terkini tentang pembayaran gaji kelab liga super.
Difahamkan 3 kelan tidak membayar gaji berbulan terhadap pemain.
– Sri Pahang ( 4 Bulan )
– KL City ( 3 Bulan )
– Sabah FC ( 3 Bulan )Realiti bola sepak Malaysia. Difahamkan ada yang kerja grab hujung minggu 😞
— Onefootball.my (@OnefootballM) June 14, 2024
Menurut khabar angin yang tular di media sosial, antara pasukan Liga Super berdepan masalah tunggakan gaji ialah KL City, Sabah, Kedah, Sri Pahang dan Perak.