Isu tunggakan gaji dalam Liga Malaysia nampaknya masih berterusan apabila beberapa pasukan Liga Super dikatakan berdepan masalah berkenaan sehingga menganggu fokus pemain.
Situasi itu cukup membimbangkan pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli yang meramalkan Liga Malaysia mungkin lingkup dalam beberapa tahun lagi jika masalah tunggakan gaji terus berulang.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
“Saya boleh katakan Liga Super akan tumbang dalam masa beberapa tahun lagi kalau inilah senarionya dan kalau tidak cepat membuat reformasi atau perubahan drastik.
“Saya risau dengan keadaan liga yang tidak mampan kerana kalau kita lihat, sekarang sudah tinggal 13 pasukan pun masih lagi berlaku isu tunggakan gaji walaupun musim baru bermula,” katanya dipetik dalam Arena Metro.
Info terkini tentang pembayaran gaji kelab liga super.
Difahamkan 3 kelan tidak membayar gaji berbulan terhadap pemain.
– Sri Pahang ( 4 Bulan )
– KL City ( 3 Bulan )
– Sabah FC ( 3 Bulan )Realiti bola sepak Malaysia. Difahamkan ada yang kerja grab hujung minggu 😞
— Onefootball.my (@OnefootballM) June 14, 2024
Menurut khabar angin yang tular di media sosial, antara pasukan Liga Super berdepan masalah tunggakan gaji ialah KL City, Sabah, Kedah, Sri Pahang dan Perak.
“Fenomena ini nampaknya tiada jalan penyelesaian dan apa yang menakutkan, mungkin hanya tinggal 10 pasukan bagi musim depan.
“Apa sudah jadi dengan bola sepak kita? Kita lihat hanya ada dua atau tiga pasukan yang dominan dan mungkin ada kekuatan untuk meneruskan survival dalam Liga Super.
“Jadi di mana kompetitifnya liga kita nanti? Bola sepak takkan maju kalau ada setakat dua atau tiga pasukan yang mampu bersaing dalam liga kita. Jadi kita kena fikirkan situasi ini,” jelas Dr Pekan Ramli.
Pasukan yang gagal menyelesaikan tunggakan gaji kebiasaannya dihukum pemotongan tiga mata dalam saingan Liga dan denda RM50,000 berdasarkan Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023 Article 2.4 (c) Licensing Sanctions.
Status lesen kelab berkenaan juga akan dinilai jika tidak mematuhi tarikh akhir pembayaran tunggakan gaji dan tidak memiliki kewangan kukuh untuk bersaing dalam musim baharu Liga Malaysia yang seterusnya.