Isu tunggakan gaji dalam skuad Sabah FC bukan sahaja melibatkan pemain tetapi turut dikatakan melanda barisan staff media pasukan yang bekerja keras di belakang tadbir.

Tinjauan di laman YouTube Sabah FC mendapati akaun tersebut tidak lagi aktif dan logo rasmi ditukar kepada ‘bye’ sebagai tanda kecewa kerana tidak dibayar gaji sehingga kini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Difahamkan, masalah gaji skuad The Rhinos tertunggak sehingga empat bulan.

“Ni channel kira mati sudah. Gaji belum dapat 4 bulan,” jawab admin laman YouTube tersebut ketika ditanya oleh peminat dua hari lepas.

Situasi tersebut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penyokong setia Sabah yang berharap isu tersebut dapat diselesaikan secepat mungkin.

Oktober lepas, Harian Metro melaporkan perubahan kepimpinan utama menjadi antara punca Sabah FC menghadapi masalah kewangan sekali gus menyebabkan terdapat tunggakan gaji dalam pasukan itu.

“Biasalah berlaku dalam pasukan apabila pucuk pimpinan berubah secara tiba-tiba terdapat beberapa perkara yang sudah dirancang termasuklah membabitkan penaja akan terjejas.

“Tunggakan gaji pemain akan diselesaikan dalam tempoh terdekat ini dan akan pengurusan pasukan akan membuat pengumuman kelak,” kata sumber Arena Metro.

Sebelum ini, satu perkongsian di laman Tiktok tular berhubung kegagalan pengurusan Sabah FC menyelesaikan gaji pemain bawah 23 (B-23) kelab itu.

Individu terbabit yang tidak mendedahkan identiti dirinya mengakui dia adalah sebahagian anggota skuad The Rhinos B-23 musim ini yang bertanding di Piala MFL.

“Sabah FC, saya sebagai wakil pemain untuk bersuara tentang gaji kami. Bila kah dibayar tiga bulan gaji kami gaji bulan 6, 7 dan 8.

“Kami sudah penat menerima janji manismu pasal gaji. Apabila kami bersuara tidak dilayan, salahkah kami sebagai pemain untuk menanya gaji kami.

“Tolonglah ketengahkan tentang gaji kami. Kami pemain ada juga yang perlu pakai duit,” kata pemain itu.