Bagi ibu bapa, pastinya anda mahu yang terbaik untuk anak-anak anda dan sebelum bersalin, anda akan menyediakan semua kelengkapan bayi dengan kualiti terbaik.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok yang dipercayai seorang pengasas kosmetik telah berkongsi sebuah video yang memaparkan keturajaannya unboxing stroller berjenama Dior yang dibelinya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

https://www.tiktok.com/@afinisafien/video/7252538844929723649?_r=1&_t=8dmM6MzwyLx

Menerusi video terbabit, wanita itu mengucapkan terima kasih kepada suaminya mahu membelikan stroller bernilai RM23,000 untuk anak mereka yang bakal lahir.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut melihat harga stroller tersebut yang dikatakan hampir sama dengan harga sebuah kereta Axia.

Malah, ada juga netizen tertanya-tanya kelebihan stroller terbabit berbanding stroller yang ada di pasaran ketika ini dan beranggapan membeli stroller dengan harga mahal agak berlebihan.