TikTok Shop Malaysia kini tampil dengan langkah lebih berani dan mesra pengguna apabila mengumumkan pemanjangan tempoh polisi Pemulangan Percuma daripada 15 hari kepada 30 hari, khas untuk produk berjenama tulen di bawah TikTok Shop Mall.
Langkah ini bukan sahaja memberi lebih ketenangan kepada pengguna, malah turut memacu pertumbuhan jenama serta menyokong Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan.
“Keyakinan pengguna merupakan asas sebuah ekosistem e-dagang yang dinamik dan mampan,” kata Nur Azre Abdul Aziz, Pengarah Kerjasama Strategik TikTok Shop Malaysia.
Menurut TikTok Shop, lebih 80% pengguna menunjukkan tabiat pembelian yang lebih kukuh apabila diberi jaminan pemulangan dan ketulenan produk.
Menerusi polisi 30 hari ini serta Jaminan Ketulenan 100%, pengguna kini lebih bebas untuk membuat keputusan pembelian, tanpa rasa was-was.
Apa Yang Menarik Dengan Polisi Baharu Ini?

- Tempoh Pemulangan Dipanjangkan
Dari 15 hari ke 30 hari — lebih banyak masa untuk membuat keputusan.
Jaminan Ketulenan 100%
Hanya produk berjenama tulen yang dipilih.
Kos Pemulangan Ditanggung TikTok Shop
Untuk pemulangan atas alasan seperti ‘Tidak Lagi Diperlukan’.
Perlindungan Untuk Penjual
TikTok Shop memastikan permintaan pemulangan tidak boleh disalah guna di mana penjual boleh menolak jika produk dipulangkan dalam keadaan tidak memuaskan.
Jenama Manakah Yang Terlibat?
Polisi ini melibatkan jenama-jenama besar seperti CLEF Beauty, Dododots, Christy Ng, BONIA, ELGINI, Lancôme, Pensonic, PUMA, Johnson’s Baby, OGAWA dan banyak lagi termasuk jenama tempatan dan antarabangsa.
Pengguna boleh mengenal pasti produk yang layak dengan melihat lencana ‘Mall’ yang dipaparkan di sebelah nama produk. Semua produk dengan label ini secara automatik dilindungi di bawah polisi Pemulangan Percuma 30 Hari.
Bagaimana Nak Pulangkan?
Mudah sahaja! Anda hanya perlu ke Halaman Pesanan dalam aplikasi TikTok Shop, dan pilih permintaan pemulangan dalam masa 30 hari selepas pesanan diterima.
Inilah Masanya Untuk Shopping Dengan Yakin Dan Berbaloi!
Jika anda merupakan pemilik jenama yang mahu menyertai TikTok Shop Mall, anda boleh layari Akademi TikTok Shop untuk maklumat lanjut dan peluang mengembangkan bisnes secara digital.
Menerusi polisi baharu ini, TikTok Shop bukan sahaja memperkukuh keyakinan pengguna, tetapi membuka jalan yang lebih cerah untuk perniagaan dalam talian berkembang secara lebih sihat dan mampan.
Jadi, kalau anda masih ragu-ragu nak ‘add to cart’, mungkin sekarang masa terbaik untuk mencuba. Apa tunggu lagi? Inilah masanya untuk anda shopping sambil dapatkan barangan yang berbaloi!