Selebriti TikToker, Kim Seri sehingga ke hari ini menjadi perbualan hangat berikutan didakwa menipu pakej pelancongan serta masih gagal menyelesaikan hutang mencecah ratusan ribu ringgit dengan pelanggannya.
Pasti ramai yang menjadi mangsa merasa tertekan dan mula berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap figura terbabit kerana merasa ia sebagai satu pernipuan namun tidak tahu bagaimana prosedurnya.
Boleh ke saman Kim Seri?
Oleh itu, sebahagian netizen bertanyakan soalan sama ada mereka boleh berbuat sedemikian kepada seorang peguam dari Korea Selatan yang mana warganya sendiri, sudah tentu lebih arif selok-belok perundangan di sana.
Menurut peguam bernama Lee di TikToknya, secara dasarnya, dia mengetahui sedikit latar belakang Kim Seri yang memiliki sebuah restoran di Myeongdong Seoul di Korea Selatan dan menjalani agensi pelancongan sendiri.
Menyedari ramai mangsa mula bersuara untuk mengambil tindakan, terdapat beberapa perkara yang perlu dilihat sebelum dia boleh membantu dalam kes saman penipuan tersebut.
Perlu tentukan sama ada ia penipuan atau tidak
Pertama sekali, kita perlu mengenal pasti sama ada ia satu penipuan atau bukan.
Agensi pelancongan itu hanya boleh diklasifikasi sebagai penipuan jika agensi berkenaan tidak menyediakan sebarang servis yang diiklankan walaupun anda sudah membayar untuk produk mereka.
Bagaimanapun, jika servis dan penginapan atau tiket penerbangan tidak mencapai jangkaan yang agensi pelancongan janjikan di dalam kontrak, di dalam kes ini ia boleh dikira sebagai penipuan.
Tetapi terdapat sedikit perbezaan apabila agensi tersebut hanya gagal memberikan servis di bawah standard kebiasaannya, yang mana hanya dikategorikan sebagai perkara sivil sahaja.
“Adakah semua ini penipuan atau tidak? Ini bergantung sama ada agensi pelancongan sebenarnya menyediakan servis atau pun tidak,” katanya lagi.
Dia menekan jika Kim Seri memang pernah menyediakan servis tersebut, maka ia tidak dikira sebagai kes penipuan.
Untuk membantu di dalam kes ini, Lee menjelaskan perkara ke dua yang perlu diambil kira jika mahu saman seseorang di Korea, Lee perlu berada dalam bidang kuasa untuk berbuat sedemikian.
Jika Kim Seri masih berada di Korea Selatan, Lee berkata sudah tentu dia boleh memberi bantuan kepada anda yang berhasrat mengenakan tindakan undang-undang terhadap figura tersebut.
Namun begitu, jika dia sudah tidak berada di Korea Selatan apatah lagi figura tersebut adalah warganegara Malaysia, maka terdapat banyak pengehadan bidang kuasa untuk polis Korea atau penguatkuasa untuk meletakkan dia dalam penahanan atau masukkan dalam perbicaraan.
“Awak perlu menganalisis kedua-dua aspek itu terlebih dahulu,” kata akhirnya di video.
@leenlaw Please send your story if you think you are a victim. #Kimseri #malaysia #malaysiatiktok #police #travel #restaurant #flight #money #southkorea #attorney #jiwonlee #lawyerinseoul #이지원변호사 #fyp #추천 #LIVEhighlights #TikTokLIVE #LIVE
Demikian pendapat yang diberikan oleh Lee berkenaan isu terbabit dan dalam menjawab persoalan orang ramai atau mangsa yang meminta bantuan tindakan undang-undang terhadap Kim Seri.