Brenford pastikan kekalahan Manchester United di hadapan penyokong mereka.

Ini kekalahan Manchester United ke-16 musim ini selepas dimalukan oleh Brentford di Stadium Teknologi GTech.

Manchester United yang terlebih dahulu di hadapan gagal untuk melindungi gol pendahuluan mereka dengan lebih baik.

Brentford memulakan perlawanan dengan sangat baik.  Pasukan mereka hampir mendahului menerusi Kevin Schade.

Skuad Ruben Amorim mendahukui menerusi gol Mason Mount minit ke-14.

Namun kira kira 13 minit kemudian, Luke Shaw tertampan bola ke gawang sendiri berpunca daripada sepakan deras Daamsgard.

Brentford menguatkan lagi intensiti mereka. Seterusnya, Kevin Schade memastikan Brentford 2-1 di hadapan menjelang rehat menerusi gol kedua Brentford minit ke-33.

Bersambung separuh masa kedua, pasukan Sang Lebah menambah 2 lagi gol. Kevin Schade menjadikan kedudukan 3-1 pada minit ke-70.

Sebelum Yoane Wisse memastikan Brentford 4-1 di hadapan menerusi gol mudah daripada gawang terbuka. VAR menyemak sama ada gol itu ofsaid atau tidak. Dan VAR mengesahkan gol tersebut bersih untuk Brentford 4-1 di hadapan.

Bintang Argentina, Alejandro Garnacho menjaringkan gol berkelas dunia pada minit ke-82, menerusi rembatan canti dari luar kotak penalti.

Masa kecederaan, minit ke-90+5, Amad Diallo memberikan harapan kepada United untuk  menyelamatkan 1 mata. Dengan gol cantik dari dalam kotak penalti – dia melencongkan bola secara rendah.

Tamat perlawanan Brentford memastikan kekalahan Manchester United selepas minggu cemerlang kelab itu di Liga Europa sebelum ini.