Bruno Fernandes memberikan penjelasan secara taktikal bagaimana sistem Ruben Amorim sebenarnya bukan masalah, namun pemain pemain United yang bermasalah.

Ramai mengecam pendekatan Amorim dalam perlawanan kali ini. Namun pengurus itu  menegaskan bahawa pasukannya sebenarnya semakin baik dari segi perlaksanaan taktikal.

Seterusnya, Bernardo Silva dalam ulasannya selepas perlawanan mengakui bahawa Man United lebih baik dari segi taktikal.

Kini kapten United, Bruno Fernandes tampil dengan penjelasan yang menarik.

Bagi Bruno Fernandes, taktikal Ruben Amorim bukan masalah. Namun ada beberapa pemain tidak berani untuk mara ke hadapan untuk bertarung di bahagian tengah dan membiarkan sahaja pemain pemain tengah mereka dibuli oleh pemain pemain City.

Bruno Fernandes berkata “Apa yang kami lakukan hari ini tidak cukup untuk mendapatkan keputusan yang kami mahukan, dan itulah saja yang boleh kami ambil daripada perlawanan ini.

“Kami perlu menjaringkan gol dan tidak melepaskan gol – itu perkara utama dalam bola sepak.

“Kami terus mencipta peluang untuk menjaringkan gol tetapi kami tidak mampu menjaringkan sebanyak yang kami mahu, dan saya rasa kami perlu lebih mengawal dalam situasi tertentu. Kami beri tiga gol yang sebenarnya boleh kami elakkan.

Kurang ‘support’ secara ‘depth’

Fernandes merasakan City cuba untuk ‘membanjiri’ [overload] bahagian tengah United, dia menjawab: “Tidak, sebab kami bermain dengan lima di belakang, atau kadang-kadang empat atau tiga, terpulang apa anda mahu panggil.

“Kami perlukan pemain yang benar-benar agresif ketika melakukan tekanan,” kata Fernandes yang seolah olah menganggap pemain pertahanan di belakang mereka tidak cukup berani atau agresif membantu di tengah.

Sebaliknya kekal bertahan di garisan bawah menunggu serangan lawan.

Bruno menambah: “Kami perlu mendapatkan saat untuk ‘melompat ke depan’ kerana jika tidak, pemain tengah akan terbeban.

“Kalau anda tengok City, mereka ada Rodri, Tiji [Reijnders], Bernardo masuk, Foden.

“Mereka pada dasarnya buat empat pemain tengah menentang dua. Jadi, anda perlukan pemain di belakang anda untuk naik, seperti yang Luke [Shaw] buat dengan baik terhadap Tiji.

“Kami lakukan itu dalam perlawanan pertama menentang Arsenal, sebab itulah mereka tidak boleh main. Mereka tidak dapat cari ruang untuk bermain.

“Itu yang menjadikan ruang sangat sempit untuk bermain menentang pasukan yang sangat agresif dan suka main ke depan. Kalau anda tidak cukup berani untuk melakukannya, mereka akan jumpa ruang kerana kita lawan pasukan yang sangat berkualiti.

“Keputusan ini memang teruk, dan ia memang salah kami, tetapi saya fikir ada dua cara untuk lihat perlawanan ini.

“Gol-gol itu boleh dielakkan dari pihak kami, tetapi ketika dengan bola, kami sangat positif, sangat berani, main bola ke depan.

“Apabila kami cipta peluang, kami sepatutnya lebih kemas. Anda tak dapat apa-apa daripada itu. Kami mahukan apa yang City dapat, iaitu tiga mata.”