Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Batu Pahat telah menahan seorang lelaki yang memandu dan membuat aksi ‘drift‘ sehingga menyebabkan kemalangan di Jalan Desa Botani.

Dalam satu video berdurasi hampir 40 saat, kelihatan sebuah Toyota Supra berwarna kelabu membuat satu pusingan drift di kawasan rumah kedai.

Baca Juga:

Kemudian apabila pemandu dilihat mahu meninggalkan tempat tersebut, kereta Supra tersebut hilang kawalan lalu terbabas melanggar kenderaan yang diletakkan di tepi jalan.

Orang ramai dilihat segera menghampiri kereta tersebut untuk melihat keadaan kemalangan tersebut.

Menerusi kenyataan rasmi BSPTD Batu Pahat, lelaki terbabit dimasukkan ke lokap untuk permohonan reman.

“Kejadian berlaku pada 20/02/2024 (Selasa), jam 12.15 pagi. Lelaki terbabit ditahan dibawah Sek 42(1) APJ 1987 (Pindaan 2020) dan Toyota Supra yang digunakan telah dirampas.

“Hasil saringan air kencing negatif. Lelaki tersebut dimasukkan ke lokap IPD Batu Pahat untuk permohonan reman esok pagi di Mahkamah Batu Pahat,” petik kenyatan rasmi BSPTD Batu Pahat.