Filem Siksa Neraka yang mula ditayangkan di pawagam Indonesia sejak 14 Disember 2023 lalu telah menjadi bualan ramai terutama sekali apabila influencer Lucinta Luna menyatakan hasratnya untuk kembali ke fitrah asalnya sebagai lelaki dan insaf selepas menonton filem itu.

Terbaharu, filem yang diterbitkan oleh Dee Company itu sah diharamkan masuk ke pawagam Malaysia dan Brunei. Perkara itu disahkan oleh Antenna Entertainments melalui akaun X.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Walau bagaimanapun, pihak mereka tidak menjelaskan mengapa filem itu disekat tayangannya di Malaysia dan Brunei. Untuk pengetahuan anda, filem Siksa Neraka ini diadaptasi dari sebuah komik karya MB Rahimsyah berjudul ‘Siksa Bagi Para Pelacur’ yang popular pada tahun 1990-an di Indonesia.

Siksa Neraka merupakan karya arahan Anggy Umbara dan dilakonkan oleh Safira Ratu Sofya, Kiesha Alvaro, Ariyo Wahabs.

Menurut Irsyad Al-Fatwa Siri 55 yang bertajuk ‘Pengarah Filem Muslim Mengarah Filem Berkenaan Ghaib (Masa Depan)’, menyatakan cerita yang menggambarkan perkara-perkara dahsyat tidak boleh dijadikan filem oleh mana-mana pengarah filem.

Nasihat daripada Mufti Wilayah Persekutuan kepada para pengarah filem untuk mengelakkan kekeliruan dan syirik kepada Allah SWT adalah jangan menggambarkan perkara yang ghaib seperti azab kubur dan bertindak sebagai kafir, mencela Islam dan syirik adalah dilarang bagi seorang mukmin kerana perbuatan tersebut dianggap sebagai kebenaran walaupun hanya perbuatan.

Selain itu, jangan berlakon dalam mana-mana adegan lucah dan pilihlah menutup aurat dan memakai pakaian yang sesuai selari dengan kesopanan budaya timur dan Melayu.