Setiap influencer memiliki konten tersendiri untuk memastikan ramai orang menonton konten mereka dan pastinya mereka kadangkala perlu ‘brain storming’ akan konten yang mahu dihasilkan.
Terbaharu, Norreen Iman telah memuat naik sebuah video di TikTok miliknya yang menunjukkan aksinya bersama rakan sedang solat secara berjemaah dan video tersebut telah dikongsikan semula oleh pengguna media sosial lain.
Baca Juga:
- Noreen Kena Scam ‘Travel Agent’ Semasa Di Hatyai, Dipaksa Bayar RM5,000 Dan Ini Apa Yang Terjadi
- Macam Bawa Satu Rumah, Kegigihan Influencer Ini ‘Setup’ Khemah Raih Perhatian Netizen
- Hanya Puji ‘AA Handsome’, Influencer TikTok Ini Sedia Beri Orang Ramai RM100
Penat aku ketawa pic.twitter.com/WyHvbBm1F2
— tasha (@nata5ha12) April 5, 2023
Dalam video tersebut, Norreen dilihat bergurau senda dengan rakannya dan menunjukkan situasi biasa dan masalah yang dialami wanita ketika memakai telekung untuk menunaikan solat.
Video tersebut telah meraih perhatian ramai orang dan rata-rata netizen mengecam tindakan Noreen yang dilihat melampau kerana seolah-olah memperlekehkan agama.
Ada benda kita boleh nak melawak tapi perkara berkaitan ibadat macam ni hukumnya haram.
Nabi S.A.W bersabda: “Celakalah orang yang berbicara dia berdusta agar suatu kaum tertawa kerananya. Kecelakaan untuknya” (Abu Dawud)
Nauzubillah. 🤲🏻 https://t.co/6lMJsXvlka
— ~Muhammad Syarafi~ ™️ (@RafiCounsel) April 6, 2023
https://twitter.com/Pengsem1/status/1644005278093049856
nampak scripted, tak kelakar dan nampak bodoh. btw si norreen ni memang dari dulu content sampah tryhard nak jadi kelakar. bab agama pun nak buat content https://t.co/rWHRCbOFVh
— ファイズ (@Kylianmfaizv2) April 6, 2023
Tidak hanya itu, segelintir netizen turut mengatakan memang banyak perkara yang sering terjadi dalam kalangan jemaah perempuan seperti terpijak telekung dan sebagainya tetapi tidaklah harus memuat naik video seperti ini yang dilihat berlebihan serta tidak kelakar.