Setiap influencer memiliki konten tersendiri untuk memastikan ramai orang menonton konten mereka dan pastinya mereka kadangkala perlu ‘brain storming’ akan konten yang mahu dihasilkan.

Terbaharu, Norreen Iman telah memuat naik sebuah video di TikTok miliknya yang menunjukkan aksinya bersama rakan sedang solat secara berjemaah dan video tersebut telah dikongsikan semula oleh pengguna media sosial lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam video tersebut, Norreen dilihat bergurau senda dengan rakannya dan menunjukkan situasi biasa dan masalah yang dialami wanita ketika memakai telekung untuk menunaikan solat.

Video tersebut telah meraih perhatian ramai orang dan rata-rata netizen mengecam tindakan Noreen yang dilihat melampau kerana seolah-olah memperlekehkan agama.

https://twitter.com/Pengsem1/status/1644005278093049856

Tidak hanya itu, segelintir netizen turut mengatakan memang banyak perkara yang sering terjadi dalam kalangan jemaah perempuan seperti terpijak telekung dan sebagainya tetapi tidaklah harus memuat naik video seperti ini yang dilihat berlebihan serta tidak kelakar.