Tugasan menyiapkan slide pembentangan sering kali memakan masa yang lama. Selain perlu mencari maklumat, proses mereka bentuk susun atur, memilih warna, dan mengemas teks kerap kali menjadi punca kerja tertangguh sehingga lewat malam.

Kini, dengan kepesatan teknologi Artificial Intelligence (AI), proses menyediakan persembahan tidak lagi menjadi beban. Pelajar mahupun pekerja pejabat kini boleh menghasilkan dek persembahan yang lengkap, kemas, dan profesional dalam masa beberapa minit sahaja.

Berikut adalah 5 laman web AI jana slide percuma yang wajib disimpan dalam bookmark pelayar web hari ini.

1. Gamma App (Gamma.app)

gamm aapps

Gamma App kini menjadi antara alat AI paling popular untuk menghasilkan slide persembahan, dokumen, dan laman web ringkas.

Kelebihan Utama: Hanya perlu memasukkan topik atau bahan ringkas, AI akan menjana outline dan susun atur slide secara automatik.

Ciri Menarik: Reka bentuknya sangat moden, fleksibel, dan boleh diubah ubah (customize) mengikut citarasa dengan mudah.

Sesuai untuk pembentangan perniagaan, laporan projek, dan tugasan kuliah yang memerlukan visual kemas.

2. Tome AI (Tome.app)

AI Slide gamma

Tome fokus kepada pembentangan berkonsepkan storytelling yang interaktif dan berimpak tinggi.

Kelebihan utama: Boleh menjana struktur persembahan secara menyeluruh merangkumi teks, gambar, dan susun atur dalam satu klik.

Ciri menarik: Menyediakan integrasi jana gambar AI serta kebolehan membenamkan (embed) bahan interaktif seperti borang atau video.

Sesuai untuk Pitch deck perniagaan, cadangan projek, dan persembahan kreatif.

3. Canva Magic Design

canva

Canva sememangnya platform pilihan utama ramai, namun fungsi Magic Design melangkah satu tapak ke hadapan dengan penggunaan AI.

Kelebihan Utama: Hanya taip tajuk atau topik persembahan, Canva akan menyediakan beberapa pilihan draf slide yang lengkap dengan elemen grafik.

Ciri menarik: Ribuan template, elemen visual, dan fon sedia ada dalam ekosistem Canva boleh digunakan secara terus untuk proses suntingan.

Sesuai untuk pelajar dan pekerja yang mahukan kebebasan mereka bentuk slide secara manual selepas draf AI dijana.

4. Slidesgo AI Presentation Maker

Buat Slide AI Dalam 5 Minit: 5 Laman Web Wajib 'Bookmark' Untuk Pejabat & Pelajar

Bagi yang biasa memuat turun template percuma di Slidesgo, kini platform ini turut menawarkan alat pembuat slide berasaskan AI.

Kelebihan Utama: Pengguna boleh memilih gaya (tone) dan tema persembahan sama ada profesional, abstrak, atau comel sebelum AI menjana isi kandungan.

Ciri Menarik: Slide yang dijana boleh dieksport secara terus ke format Google Slides atau Microsoft PowerPoint.

Sesuai untuk pembentangan sekolah, universiti, dan latihan dalaman syarikat.

5. Beautiful.ai

slide free

Sesuai dengan namanya, Beautiful.ai memastikan setiap slide yang dihasilkan kelihatan seperti direka oleh pereka grafik profesional.

Kelebihan Utama: AI dalam platform ini mematuh prinsip reka bentuk asas. Apabila teks atau gambar ditambah, susun atur slide akan menyesuaikan diri secara automatik tanpa merosakkan struktur.

Ciri menarik: Mengelakkan masalah teks bertindih atau saiz grafik yang tidak seimbang secara automatik.

Sesuai untuk eksekutif syarikat, pembentangan data, dan laporan korporat.

Panduan mengoptimalkan penggunaan AI untuk persembahan

Walaupun kebolehan buat slide AI membolehkan persembahan disiapkan dalam masa 5 minit, penglibatan manusia tetap penting untuk memastikan kualiti penyampaian.

Berikut adalah beberapa langkah semakan yang perlu dilakukan sebelum membuat pembentangan:

Semakan Fakta & Data: Pastikan semua maklumat, angka, dan statistik yang dijana oleh kecerdasan buatan adalah tepat serta merujuk sumber sahih.

Pengesuaian Bahasa: Ubah sesetengah gaya bahasa automatik supaya lebih natural dan bertepatan dengan audiens sasaran di Malaysia.

Sentuhan Peribadi: Tambah contoh kes, pengalaman peribadi, atau pandangan khusus bagi memastikan pembentangan tidak kelihatan terlalu generik.

Penggunaan teknologi AI secara bijak bukan sahaja menjimatkan masa, malah mampu meningkatkan produktiviti harian di pejabat mahupun di tempat pengajian.