Anak mana yang tidak terasa kalau ibu bapanya banyak membandingkan dia dengan orang lain? Atau anak mana yang tidak akan rasa di hargai kalau ibu bapanya sendiri tidak menghargainya.
Tetapi, itulah lumrah yang berlaku pada ibu bapa. Tidak kira dulu atau sekarang, budaya membandingkan anak mereka dengan anak orang lain sudah menjadi satu trend.
Jika anaknya kurang berjaya di dalam pelajaran atau sesuatu bidang, manakala anak si polan yang lain lebih berjaya. Ibu bapa sering menggunakan kata ‘tengok anak orang itu’ sebagai alasan untuk menyalahkan kekurangan anaknya.
Ini jelas budaya kurang baik buat anak tersebut yang mahu mengetahui selok belok kehidupan daripada guru pertama mereka, iaitu ibu bapa.
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), berkata budaya membandingkan anak kita dengan anak orang lain akan membuatkan anak kita ditekan daripada segi emosi dan akan menjadi marah.
Anak-anak akan mula bertanya kalau begitu buat apa mereka berada di rumah sekiranya mereka tidak dihargai oleh kedua ibu bapa mereka.
Kesannya nanti adalah anak-anak ini akan bertanya untuk apa lagi mereka berada di rumah jika segala usaha mereka dipandang enteng oleh orang paling rapat dengan mereka.
Sebaliknya bagi MCPF, budaya ini perlu dihentikan dengan serta merta, sebaliknya ibu bapa perlu bertindak lebih baik dengan menghargai usaha anak-anak mereka.
Selain itu, ibu bapa juga perlu bersikap terbuka dengan menerima segala kelemahan yang ada pada diri anak-anak dan sentiasa menyokong mereka dengan apa yang telah mereka lakukan.
Dengan ini, segala aktiviti jenayah yang melibatkan golongan remaja dapat dielakkan dan kes lari daripada rumah dapat dikurangkan.
Sejak 2011 lagi, angka telah mencatatkan 15,042 kes kehilangan kanak-kanak dan remaja dilaporkan. Kebanyakkan kes ini berlaku adalah disebabkan mereka mendapati rumah bukan lagi tempat mereka mengadu kasih sayang.
Konsep ‘Rumahku Syurgaku’ hanya dapat dijalankan jika ibu bapa memahami intipati yang berada di sebalik slogan itu.
Rumah perlu menjadi tempat berteduh buat anak-anak. Tempat di mana ibu bapa akan memberi perlindungan dan berkata okay jika mereka gagal untuk mencapai apa yang kita harapkan. Kerana kehidupan ini panjang dan rezeki itu luas.
Ibu bapa yang menerima kelemahan anak mereka dan menghargai setiap sisi buruk mereka adalah ibu bapa yang memahami konsep manusia itu tidak pernah sempurna. Tetapi dengan ketidak sempurnaan itulah akan menjadikan anak mereka seorang manusia suatu hari nanti.
Berikut adalah cerita lain mengenai ibu bapa untuk rujukan anda. Klik pautan di bawah untuk membaca.
Ibu Bapa 8 Mangsa Tragedi Langgar Terkilan Dengan Keputusan Mahkamah
Bekerja Dan Tiada Masa, 7 Tip Didik Anak Untuk Ibu Bapa Yang Sibuk