Sebelum ini Azwan Ali ataupun nama glamornya, Diva AA nekad mahu saman Datuk Aliff Syukri dengan nilai RM100 juta kerana jutawan kosmetik itu menarik rambutnya di atas pentas.
Video tersebut tular di media sosial, menunjukkan Diva AA sampai terseret ditarik oleh Aliff Syukri di atas pentas. Kemudian rakaman video kedua dua bertelagah juga tular.
Baca Juga:
- Azwan Ali Mahu Saman Malu RM100 Juta, Ini Respons Aliff Syukri
- ‘Nak Tercabut Kepala Orang Tua Tu’ – Aliff Syukri Dan Diva AA Bergaduh Tarik Rambut Di Singapura
- Didakwa Disihir Akibat Mulut Tiada ‘Insurans’, Azwan Ali Kongsi Detik Perit Ketika Dirawat
Namun begitu ramai juga yang sangsi sama ada ianya benar benar berlaku atau gimik semata mata demi secebis publisiti murahan.
Azwan Ali: Bukan lakonan tapi real
Azwan Ali menafikannya sebagai satu lakonan semata mata. Dan dia sudah benar benar nekad mahu menyaman Aliff Syukri. Dengan Diva AA menjelaskan keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan peguamnya.
Menerusi siaran ringkas di Twitter / X, Diva AA berkata: “Breaking news! Diva AA akan saman malu jutawan Datuk Seri Aliff Syukri.”
“Perbincangan dengan peguam yang mewakili Diva AA telah pun berlangsung. Kali ini kita akan all out akan saman malu kejadian yang menimpa Diva AA dengan Datuk Seri Aliff Syukri – di persembahan OKLETSGO, di di The Star Theatre, Singapura.”
Azwan Ali benar benar bengang kerana rambutnya ditarik dan menegaskan bukti sudah ada di mana produksi rancangan itu sendiri ada rakamannya.
Aliff Syukri tak gentar
Aliff Syukri memberikan respon bahawa dia tidak takut dengan saman tersebut. Sambil menegaskan bahawa mahkamah bukannya gila untuk semudah itu membenarkan Azwan Ali menuntut saman RM100 juta daripadanya dengan semudah itu.
@abangterlajaklaris biar allah balas.. sy x nak maki hamun org.. biar lowyer buat kerja
Walaupun kes ini serius, namun ada netizen yang mempersoalkan sama ada ianya lakonan semata mata? Kerana Datuk Aliff Syukri terkenal dengan kontroversi dan gimik publisiti.
Tetapi ada juga yang menganggap kelakuan Aliff Syukri itu benar benar melampau berdasarkan video yang ditularkan.
Mula-mula terkejut kenapa la sampai nak saman menyaman ni…
Tapi bila tengok video kejadian memang penuh perasaan Aliff Syukri tarik rambut Diva AA ni.
Kesian wehhhh!!! Macam nak tercabut kepala orang tu sampai melutut! 😭😭😭 https://t.co/ldqUqccwWV pic.twitter.com/0guzAN5qTI
— 🍉Arif E.🍉 (@arfdy12) November 6, 2023
Azwan Ali: Tunggu sahaja saman daripada saya
Azwan Ali mengakui dia mendengar suara suara warganet menganggap dia cuma berlakon dengan Aliff Syukri. Bercakap kepada portal Media Hiburan, Diva AA berkata: “Ada juga yang anggap berlakon, moklu, moklu.”
“Memang bukan berlakon, kerana ramai juga yang bagi sokongan [kepada Diva AA] sebab nampak dia tarik rambut Diva tu, tak tipu ya. Ianya memang real lah”
“Jadi tunggu sahaja, saman itu sedang diteruskan. Diva dengan peguam tengah berbincang,” tegas pengacara tv popular itu.
Azwan Ali menegaskan, tujuan lain dia mahu menyaman Aliff Syukri kerana dia mahu memberikan kesedaran kepada masyarakat di luar sana.
Dia menggambarkan sakitnya ketika ditarik di rambut pada masa itu seperti rasa nak meninggal.