Mi segera sememangnya satu makanan yang mudah, murah dan sedap disukai oleh lapisan umur.

Bagaimanapun makanan itu tidak elok diamalkan kerana boleh memberikan masalah kesihatan dan kesan jangka masa panjang.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Baru-baru ini seorang ibu meluahkan rasa kecewa apabila mendapat tahu anaknya membeli secawan plastik mi segera, yang pada awalnya dia ingat ianya secawan air sahaja.

“Pertama sekali, posting ini bukan hendak menutup periuk nasi peniaga-peniaga kecil dihadapan sekolah. Namun sekadar perkongsian tentang kekecewaan seorang ibu terhadap pemakanan dari luar yg tak dapat nak dielakkan. Harap semua pihak dapat memahami.

“Saya mengambil anak dari sekolah dan sangkakan anak saya beli air cawan plastik, setelah memandu tak berapa jauh dari sekolah baru saya perasan anak saya menghirup mi segera mengunakan garfu yang saya sangkakan straw pada mulanya,” luah wanita itu.

Tambahnya lagi, beliau percaya ramai ibu bapa yang mengawal anak-anak mereka daripada memakannya. Namun baginya pengawalan itu tidak bermakna apabila mi segera boleh didapatkan secara bebas di hadapan sekolah.

Perkongsian wanita itu mendapat pelbagai reaksi netizen. Ada yang menyokong luahan wanita itu, ada juga yang berbeza pendapat dengannya.

Sumber Gambar: FB Seandainya Kau Catatkan Dia Milikku
Sumber Gambar: FB Seandainya Kau Catatkan Dia Milikku
Sumber Gambar: FB Seandainya Kau Catatkan Dia Milikku

Bagi yang menyokong, mereka mahu pihak sekolah lebih proaktif untuk memantau peniaga-peniaga luar sekolah yang menjual makanan tidak berkhasiat.

Manakala netizen yang tidak bersetuju pula menyatakan ibu bapalah yang patut memantau anak-anak mereka. Bukannya melarang peniaga untuk menjual barang dagangan mereka.

Pada masa sama netizen meminta pihak kerajaan menyediakan subsidi buah buat peniaga. Sekaligus dapat membantu peniaga menjual buah potong atau jus buah asli kepada para pelajar dengan harga yang murah.