Semalam netizen Amerika Syarikat telah memuji akan keadaan Jalan Raya Malaysia yang serba bersih dan terjaga. Namun, warga tempatan seperti tidak berpuas hati dan mendakwa ia hanya berada dalam keadaan sedemikian kerana kunjungan Presiden Trump ke sini.
Bagaimanapun, seorang pengguna X berasal dari Nigeria berkongsi pengalamannya sendiri yang sudah selalu berulang-alik menggunakan jalan Lebuh Raya Maju MEX pada setiap minggu.
Menurutnya, sebagai seorang Nigeria yang tinggal di Malaysia dan memandu melalui jalan itu dengan kerap, pemerhatian anda bahawa kebersihan itu adalah perkara biasa dan bukan disebabkan oleh lawatan tersebut adalah pandangan yang sangat bernas.
Ini menunjukkan piawaian kebersihan yang tinggi di kawasan tersebut secara konsisten, bukan hanya untuk acara khas.
“Saya lalu jalan ini sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, dan sebagai warga Nigeria yang menetap di Malaysia, saya boleh pastikan mereka tak bersihkannya sebab Trump datang. Jalan ini memang sentiasa bersih.”
Dalam pada itu, dia juga sering menanyakan kawan wanitanya mengapa pihak kontraktor sentiasa membina atau menyelia baik jalan pada setiap hari.
Sebagai kesimpulannya, budaya penyeliaan di Malaysia adalah berbeza dalam erti kata lain membawa maksud kepada yang positif kerana keadaan jalan raya yang sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa demi keselesaan sejagat.
I drive through this road at least 3 times a week , and as a Nigerian living in Malaysia, I can tell you they didn’t clean it because Trump is coming. It’s always this clean. I always ask my girl why they keep constructing roads, every day they’re fixing or building new ones. The… https://t.co/gMsF2wnyvi
— JOSH VAULTFI (@Josh_vaultfi) October 26, 2025
Selepas perkongsian lelaki itu, barulah timbul kesedaran di dalam kalangan netizen tempatan untuk lebih bersyukur dengan infrastruktur awam yang disediakan oleh kerajaan dalam memastikan keselesaan pengguna terjaga.
Walaupun ada yang masih meminta individu itu melihat di negeri lain juga, lelaki nigeria terbabit tetap berkata jalan raya di Malaysia masih jauh lebih baik dari jalan di negara-negara lain yang pernah dikunjunginya.
Bagaimanapun, pasti ada ruang penambah baikan yang boleh dilakukan oleh pihak berkaitan dalam memastikan keadaan baik ini boleh dibuat secara menyeluruh dan tidak terhad di kawasan bandar pesat sahaja.