Sebut sahaja mengenai Acer Day, pasti ramai di kalangan anda yang dah terbayangkan promosi diskaun laptop pada harga kaw-kaw kan? Berbeza dengan tahun sebelumnya, untuk tahun 2026 ini, Acer tampil dengan kejutan yang jauh lebih besar dan gempak!

Buat julung kalinya Acer Day 2026 membawakan dua acara utama yang menggabungkan dunia teknologi, gaya hidup sihat, beserta ganjaran bernilai ribuan ringgit sepanjang tempoh Acer Day Carnival berlangsung.

Acer Day Carnival

Bermula 6 Julai 2026 hingga 30 Ogos 2026, Acer Day Carnival bakal menggegarkan Acer Concept Store terpilih di seluruh negara. Tak cukup dengan itu, kemuncak acara iaitu Acer Active Day bakal berlangsung pada 1 Ogos 2026 di The Campus, Ampang. Lokasi spot-on untuk anda bawa seisi keluarga berhujung minggu!

Tak kisahlah anda tengah hunting laptop baharu untuk kerja, belajar, hardcore gamer, atau sekadar nak cari aktiviti sihat hujung minggu, ini apa yang Acer Day Carnival ada untuk anda seisi keluarga.

1. Beli produk Acer & bawa pulang kredit Touch ‘n Go hingga RM200!

Acer Day Carnival

Acer Day Carnival

Ini bahagian yang paling ditunggu-tunggu peminat gajet. Sepanjang kempen berlangsung, setiap pembelian model Acer terpilih akan menerima kredit Touch ‘n Go eWallet sehingga RM200 secara terus. Bukan itu sahaja, Acer turut belanja pembeli dengan pelbagai hadiah eksklusif lain termasuk:

  1. Baucar Hadiah & Stokin Adidas
  2. Pembesar Suara Bluetooth Acer
  3. Acerpure COZY HF3
  4. Baucar eStore

Nota: Lagi tinggi kategori produk yang anda beli, lagi berharga ganjaran yang boleh dibawa pulang. Win-win situation!

2. Bukan takat ‘shopping’, ada cabaran gaming & aktiviti yang menawarkan pelbagai hadiah!

Bukan Sekadar Beli Laptop! Acer Day Carnival, Tawar Ganjaran RM200, Cabaran Gaming & Banyak Lagi Aktiviti

Mengetengahkan konsep yang berbeza, Acer Day Carnival tahun ini bukan sahaja memperlihatkan barisan produk terbaharu Acer, Predator, dan Acerpure, tetapi mereka juga ada pelbagai aktiviti yang anda dan keluarga boleh sertai.

Antara aktiviti menarik yang ada termasuk:

  1. 1 vs 1 Tekken Challenge: Masa untuk uji skill anda dan buktikan siapa ‘king’ sebenar! (Hanya diadakan di Acer Concept Store terpilih sekitar Lembah
  2. Clicking Challenge: Uji ketangkasan klik tetikus dalam  satu 1 minit ( diadakan di Acer Concept Store terpilih seluruh negara)
  3. Blind Box (dengan hadiah misteri untuk pembelian layak)
  4. HashtagUs Challenge: Cuma perlu tangkap gambar, muat naik, dan berpeluang memenangi hadiah menarik.
  5. Pengalaman Teknologi Terkini: Cuba sendiri produk dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) terbaharu.

Jadi, kalau tak ada niat nak beli laptop lagi pun, anda tetap boleh singgah ke Acer Concept Store untuk berseronok dan cuci mata.

3. Acer Active Day: Hari santai & sihat untuk semua

Bukan Sekadar Beli Laptop! Acer Day Carnival, Tawar Ganjaran RM200, Cabaran Gaming & Banyak Lagi Aktiviti

Apa yang pasti, anda anda perlu lock  tarikh 1 Ogos 2026 dan hadir ke The Campus, Ampang.

Tidak hanya fokus kepada promosi jualan biasa, Acer Active Day merupakan festival gaya hidup untuk semua peringkat umur, daripada anak kecil sehinggalah ke warga emas.
Antara zon dan aktiviti menarik yang disediakan:

Acer Move: Cabaran kecergasan berinspirasikan HYROX. Bahagian paling best? Yuran pendaftaran akan dipulangkan semula kepada peserta yang hadir!

  1. Acer Energize: Sesi Yoga dan Zumba secara santai untuk korang peluh-peluh manja.
  2. Junior Activity Zone: Ruang khas untuk si kecil belajar sambil bermain.
  3. Product & AI Experience Zone: Ruang pameran interaktif untuk anda terokai teknologi AI terkini Acer.

Charity Donation: Peluang untuk beramal dan menyumbang kembali kepada komuniti yang memerlukan.

Berlangsung selama dua bulan di seluruh Malaysia!Berlangsung di Acer Concept Store terpilih di seluruh Malaysia, termasuk:

  1. Zon Lembah Klang
  2. Zon Utara
  3. Zon Selatan
  4. Pantai Timur
  5. Sabah & Sarawak

Bagi anda yang nak sertai acara kemuncak Acer Active Day di Ampang pada 1 Ogos nanti, anda digalakkan untuk membuat pendaftaran awal bagi mengelakkan kesesakan.

👉 Klik pautan ini untuk mendaftar: https://bit.ly/4vu9hlx

Nikmati pulangan tunai, hadiah percuma, cabaran gaming, sehinggalah ke aktiviti kecergasan keluarga, Acer Day 2026 bermula dari 6 Julai 2026 hingga 30 Ogos 2026! Apa lagi yang anda tunggu? Bawa keluarga anda untuk serbu Acer Day Carnival berdekatan dan nikmati pelbagai ganjaran.