Kalau selama ini jenama telco sering berlumba-lumba cakap pasal kelajuan dan liputan, Tune Talk pula memilih jalan berbeza. Lebih santai, lebih berani dan yang paling penting, lebih ‘kena’ dengan budaya hari ini.

Menerusi kempen #TheRealTuney, Tune Talk secara rasmi memperkenalkan Tuney sebagai wajah Ultra Fast 5G, sekali gus membuka perbincangan tentang keaslian dalam dunia yang semakin dipenuhi dengan benda serupa.

Ia bukan sekadar soal internet laju tapi bagaimana sesebuah jenama membina identiti dan relevan dengan gaya hidup digital.

Tuney Bukan Sekadar Mascot, Tapi Simbol ‘Originality’

Dalam kempen ini, Tuney diposisikan sebagai The Real Tuney, mascot asal yang membawa semangat Tune Talk: bold, authentic dan berani tampil berbeza.

Bukan Sekadar Internet Laju, Ini Cara Tune Talk Bawa Identiti ‘Original’ Menerusi Tuney

Tuney bukan sekadar karakter comel untuk promosi. Ia mewakili pengalaman Ultra Fast 5G sepanjang hari yang konsisten, stabil dan sentiasa ‘on’ bila diperlukan.

Pada masa sama, Tune Talk turut menyampaikan mesej ringkas tetapi kuat:

Dalam dunia yang penuh imitasi, jadi original itu lebih bermakna.

Bila Telco Bertemu Pop Culture

Apa yang menjadikan kempen ini lebih mencuri perhatian adalah cara Tune Talk menggabungkan teknologi dengan elemen hiburan.

Parodi lagu ikonik “The Real Slim Shady” diolah menjadi “The Real Tuney” dan dijadikan teras kempen cukup kreatif sebab ianya relatable, dan mudah melekat dalam ingatan.

Hasilnya, kandungan yang bukan sekadar informatif, tetapi juga mudah dikongsi dan dekat dengan budaya digital hari ini.

Tuney ‘Turun Padang’ di Pavilion KL

Kemuncak kempen #TheRealTuney berlangsung di Pavilion KL, apabila Tuney tampil secara fizikal menerusi perarakan mascot yang menarik perhatian pengunjung.

Bukan Sekadar Internet Laju, Ini Cara Tune Talk Bawa Identiti ‘Original’ Menerusi Tuney

Daripada edaran merchandise sehinggalah interaksi secara langsung, semuanya menjadikan jenama ini terasa lebih hidup  bukan hanya wujud di skrin, sebaliknya turut memberikan pengalaman nyata.

Inilah pendekatan “from screen to street”, apabila jenama keluar dari iklan dan masuk ke dunia sebenar.

#TheRealTuney Pacu Perbualan Digital

Di media sosial pula, tanda pagar #TheRealTuney digunakan sebagai pemacu utama perbualan.

Orang ramai diajak untuk menyertai cabaran, berkongsi versi ‘original’ mereka sendiri dan berinteraksi dengan dunia Tuney menjadikan kempen ini lebih interaktif dan komuniti-driven.

Ultra Fast 5G Sepanjang Hari, 10x Nilai Tanpa Kos Tersembunyi

Di sebalik semua elemen kreatif ini, mesej utama Tune Talk kekal jelas.

Internet Ultra Fast 5G yang laju dan stabil sepanjang hari sesuai untuk gaming, streaming, kerja harian atau penciptaan kandungan. Ditambah pula dengan 10x Nilai dan tiada kos tersembunyi, apa yang dijanjikan itulah yang pengguna dapat.

Tiada caj mengejut, tiada terma mengelirukan… hanya internet pantas dengan harga yang telus.

Bukan Sekadar Internet Laju, Ini Cara Tune Talk Bawa Identiti ‘Original’ Menerusi Tuney

Melalui identiti yang segar dan mudah diingati, Tune Talk bukan sekadar muncul sebagai telco, tetapi sebagai sebahagian daripada gaya hidup digital.

Nak rasa sendiri pengalaman Ultra Fast 5G dan masuk ke dunia Tuney? Layari laman rasmi Tune Talk untuk maklumat lanjut.