Seorang pelancong Barat meluahkan rasa kecewa dengan sikap warga tempatan di Kelantan yang tidak mengambil berat dalam perihal kebersihan persekitaran.

Menerusi video yang dimuat naik oleh akaun bernama @ivanhikestheworld, dia memeperlihatkan keadaan di kawasan luar stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bahru yang mana dipenuhi sampah sarap seperti plastik makanan dan minuman.

Bukan Sekadar Kecewa, Mat Saleh Mula Persoal Sikap Warga Kelantan Buang Sampah Merata-Rata
Sumber Gambar: TikTok @ivanhikestheworld

Dia menegaskan tidak memahami mentaliti masyarakat yang masih membuang sampah merata-rata dengan harapan ia akan bersih dengan sendirinya.

“Orang ramai mempersendakan orang Kelantan, dan saya datang untuk mempertahankan orang Kelantan dengan mengatakan ini adalah masalah yang berlaku di mana-mana,” ujarnya.

Sudah acap kali mendengar rakyat Kelantan sering menjadi buah mulut untuk perkara yang negatif, dia mendakwa cuba mengubah persepsi itu dengan pergi sendiri ke Kelantan namun hanya menemui kehampaan di dalam realiti.

Di dalam video itu, dia meletakkan teks yang mendakwa semua sampah itu telah ditinggalkan pemilik kenderaan yang makan di sekitar luar kawasan stadium terbabit sewaktu ada perlawanan bola.

Selain itu, dia mempersoalkan apakah sebab disebalik tindakan membiarkan bekas plastik makanan dan minuman di tempat yang tidak sepatutnya.

Oleh itu, Ivan mengambil inisiatif sendiri dengan mengutip sampah sarap tersebut lalu dimasukkan dalam tong sampah dek kerana percaya kita hidup di dalam planet yang sama dan perlu menjaga kebersihan sejagat.

“Ha macam tu lah, siap dan tidak sesusah mana. Sebenarnya mudah sahaja seperti mainan budak-budak sahaja,” selorohnya.

Baginya benda ini tersangatlah mudah dan boleh diselesaikan dalam masa secepat 5 saat.

@ivanhikestheworld

#dissapointment at the #kelantanfc #footballmatch in #kotabharu people just left their trash #littering on the ground with no regard for others or the environment. #plasticpollution #plasticcleanup #beachcleanup #environmentalist #environmentalactivism #advocateforyourself #kelantan #malaysia #travelmalaysia #kualalumpur #penang #johor #terrenganu #cleanupafteryourself with @Ʋ M Ɩ Є Ɗ ƛ Ɲ Ɩ Ƨ Ӈ #socialexperiment #socialactivist

♬ original sound – ivanhikestheworld

Di mengakhiri kata dengan “”Ini ke yang selalu jadi? Setiap kali awak buat sepah, ada orang kena tolong kemaskan?”