Rokok merupakan sesuatu yang tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Jika ditanya pada perokok, bukan senang untuk membuang ketagihan merokok; mereka perlu kekuatan mental dan sokongan moral daripada orang sekeliling bagi memastikan mereka dapat berhenti sepenuhnya.

Apa yang perokok tegar perlu lalui selepas mereka cuba berhenti merokok adalah Kesan Sarak Nikotin (Nicotine Withdrawal). Perkara inilah yang buat mereka tidak dapat berhenti kerana tidak bersedia untuk laluinya.

Baca Juga:

Antara simptom penarikan nikotin ini adalah sakit kepala, mual, sukar untuk tidur (imsomnia), tidak dapat fokus, gelisah, cepat marah dan kemurungan.

Tetapi Kesan Sarak Nikotin ini berbeza-beza mengikut individu dan terdapat pelbagai cara untuk mengurangkan ketagihan merokok. Berikut adalah beberapa individu yang berjaya kata ‘tak nak’ kepada merokok.

1. “Saya berhenti sebab anak”

Sebagai seorang individu yang baru bergelar ayah, Dito tidak mahu anaknya yang baru lahir terkesan dengan asap rokok. “Saya sebenarnya tidak mahu anak saya jadi secondhand smoke. Walaupun saya jenis tidak hisap rokok dalam rumah, tetapi asap rokok ni boleh masuk juga walaupun kita dah ambil langkah berjaga-jaga.

“Lagi satu asap rokok tetap akan melekat pada baju. Kalau saya dukung anak saya, rasa bersalah tu ada. Dia kan kecil lagi, kalau dia tak selesa bukan boleh beritahu kita pun,” kata Dito. Berkenaan kesan Sarak Nikotin, dia tidak menghadapi masalah tersebut kerana beliau bukan perokok tegar. Beliau cuma beralih ke produk alternatif dan aktif bersukan; memudahkan lagi dia meninggalkan rokok.

2. “Saya berhenti merokok demi sukan yang saya cinta, bola sepak”

Sukan bola sepak memerlukan stamina yang tinggi dan penting berada di tahap terbaik. Itulah keputusan yang dibuat Ash. Selepas mengambil kira tentang faktor kesihatan, beliau berhenti daripada merokok.

In the first place saya ni bukan perokok tegar. Jadi bila saya buat keputusan untuk berhenti merokok, ia bukan sesuatu yang sukar untuk saya. Saya mula tukar gaya hidup dan fokus terhadap hobi saya, bola sepak.

“Walaupun saya bukan perokok tegar, tetapi memang rasa perbezaannya. Bila berhenti merokok, pernafasan saya pun jadi lebih baik dan lebih kuat bila berada di atas padang. Breathe Better is the best,” kata Ash.

Beliau mengakui masih menggunakan produk alternatif seperti vape walaupun berhenti merokok kerana hanya mahu ‘rasa asap di mulut’. Perbezaannya tiada lagi bau asap rokok yang tidak teringin untuk kembali merokok.

Tidak mustahil untuk berhenti!

Dua individu ini membuktikan mereka berjaya untuk berhenti. Selain mereka berdua, ramai perokok yang sudah mula beralih ke produk alternatif seperti vape di mana produk ini dilihat membantu mereka untuk berhenti merokok.

Pilihan berada di tangan para perokok. Untuk hidup yang lebih tenang, beralihlah ke produk alternatif yang ada di pasaran atau cuba sedaya upaya untuk berhenti terus daripada merokok.

Jika anda berminat untuk jadi seperti mereka yang kini lebih tenang tanpa mudarat rokok, klik di sini. Semoga berjaya!