Mahkamah Sesyen hari ini melepaskan dan membebaskan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin daripada tuduhan rasuah membabitkan wang bernilai RM2.8 juta.

Memetik Berita Harian, pendakwaan tidak berhasrat meneruskan prosiding terhadap bekas Ahli Parlimen Kinabatangan itu.

Allahyarham Bung Moktar yang juga bekas Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA berdepan tiga tuduhan rasuah membabitkan kelulusan agensi itu, melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar, 66, yang juga bekas Ahli Undangan Negeri (ADUN) Lamag menghembuskan nafas terakhir akibat kegagalan buah pinggang dan jangkitan kuman pada paru-paru di sebuah hospital di Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Disember lalu.