Masalah kelemumur sememangnya mengundang rasa tidak selesa kepada sesiapa yang pernah menghadapinya. Dahlah kepala gatal-gatal, serpihan kelemumur pula jatuh ke bahu; rasa kurang yakin pula bila hendak jumpa dengan sesiapa.

Menurut kajian, masalah kelemumur dialami hampir 50 peratus populasi masyarakat dunia. Walaupun ia tidak berjangkit atau berbahaya, kehadiran kelemumur boleh menyebabkan seseorang kelihatan tidak kemas atau tidak menjaga kebersihan diri.

Apakah itu kelemumur dan apakah gejalanya?

Kelemumur adalah kepingan kulit mati yang terbentuk pada kulit kepala. Ia sering datang dengan pelbagai gejala seperti kegatalan, kemerahan, rasa tidak selesa dan sebagainya.

Apa punca kelemumur? Kulat dikenali dengan nama ‘malassezia’ ini adalah punca kelemumur yang paling biasa. Biasanya ia hidup pada kulit kepala dan hidup dengan ‘makan’ minyak yang dikeluarkan oleh folikel rambut!

Sekiranya dibiarkan, ia boleh menyebabkan pertumbuhan sel kulit yang berlebihan. Apabila sel kulit ini mati dan gugur, ia bercampur dengan minyak dari rambut dan kulit kepala dan membentuk kelemumur.

Cuaca yang panas dan lembap di Malaysia adalah antara punca penyebab kulit kepala berminyak dan kelemumur. Selain itu, penggunaan produk penggayaan rambut juga merupakan antara punca kelemumur terjadi sekiranya tidak dibersihkan dengan sebaiknya kerana ia boleh menyebabkan kulit kepala menjadi lebih berminyak.

Kulit kepala yang berminyak merancakkan pertumbuhan kulat Malassezia di kulit kepala sejurus menjadikan masalah kelemumur bertambah teruk.

Bagaimana kelemumur boleh mempengaruhi kehidupan harian kita?

Masalah kelemumur pada lelaki mudah kelihatan dan terdedah kepada orang ramai. Lebih-lebih lagi buat mereka yang giat bersenam dan menjalani gaya hidup yang aktif. Kelembapan yang terperangkap di kulit kepala menghasilkan sebum berlebihan dan menyebabkan kegatalan di kulit kepala.

Selain itu, penggunaan produk penjagaan rambut yang tidak sesuai juga merupakan antara sebab masalah kelemumur. Adalah penting untuk menggunakan syampu rambut yang khas diformulasikan untuk melawan kelemumur.

Bagaimana untuk merawat masalah kelemumur?

Selain mencuci rambut, gaya hidup yang teratur adalah sangat penting. Elakkan diri daripada stress dan makan makanan yang bernutrisi.

Perkara paling penting untuk melawan masalah kelemumur adalah dengan memastikan permukaan kulit kepala yang bersih dan pengunaan produk syampu anti-kelemumur yang betul. Syampu Anti-Kelemumur Selsun Blue adalah antara produk yang paling cepat dan efektif dalam menangani masalah kelemumur di mana 99% pengguna mengakui bahawa ia berkesan dalam merawat kelemumur dan melegakan kulit kepala yang gatal.

Selsun Blue merupakan syampu perubatan yang khusus untuk merawat kelemumur melalui bahan aktif 1% Selenium Sulfide yang bertindak ke atas kulat Malassezia (penyebab utama kelemumur) dengan cepat dan berkesan; sejurus membantu menangani masalah kelemumur.

Ia telah terbukti secara klinikal sebagai penyelesaian kelemumur yang berkesan. Penambahbaikan boleh dilihat seawal dua minggu!

Selsun Blue terdapat dalam 3 varian yang mensasarkan masalah berbeza. Anda boleh memilih produk yang sesuai mengikut masalah dan kondisi rambut anda.

1. Selsun Blue Pro Extra Strength Shampoo

Anti-kelemumur, melegakan kulit kepala yang gatal dan mengandungi mentol untuk memberikan sensasi yang sejuk.

2. Selsun Blue Pro Extra Moisturizing Shampoo

Anti-kelemumur, dengan ekstrak aloe vera untuk menutrisi dan melembapkan rambut. Sesuai untuk rambut yang kering dan rosak.

3. Selsun Blue Pro 2-in-1

Anti-Kelemumur, Syampu & conditioner 2 dalam 1 mengandungi asid hialuronik dan vitamin B5, sesuai untuk rambut normal.

Untuk hasil yang lebih berkesan, ketika mandi ikuti 3 langkah mudah ini:

1. Selepas membasahkan rambut, syampu rambut dengan Selsun Blue
2. Biarkan selama 1-2 minit untuk bahan aktif Selenium Sulfide bertindak melawan kelemumur
3. Bilas dan selesai

Sebelum itu, syampu ini disyorkan untuk digunakan maksima 3 kali seminggu sahaja dan tidak digalakkan menggunakannya setiap hari kerana Selenium Sulfide boleh menyebabkan rambut menjadi kering dan kasar.

Bertukarlah ke Selsun Blue sekarang, jenama dipercayai untuk menangani masalah kelemumur dengan cepat dan berkesan. Anda boleh membelinya di aplikasi Shopee dan baca sendiri review pengguna yang telah menggunakan produk ini.

Untuk maklumat terkini bagi produk Selsun Blue, ikuti mereka di Facebook, Intagram, Tiktok dan laman rasmi Selsun Blue. Ingat kelemumur, ingat Selsun Blue! #SelsunBlue #TrustSelsunBlue #PakarKelemumur