Kelab Thailand, Buriram United menandatangani bintang Indonesia, Sandy Walsh bagi menggantikan Dion Cools.

Menurut perkongsian wartawan sukan Thailand, Buriram sedang menyiapkan segala dokuman bagi memuktamadkan kehadirdan Sandy.

Baca Juga:

Buriram United Dapatkan Pengganti Dion Cools

Selepas saingan Thai League 1 berakhir, Buriram kehilangan khidmat Dion Cools yang berhijrah ke Jepun dengan menyertai Cerezo Osaka.

Buriram United
Sandy Walsh

Memandangkan mereka bakal beraksi di dua kejohanan Asia selain menghadapi saingan liga domestik, Buriram mahu memperkukuh benteng pertahanan mereka.

Musim lalu, Sandy beraksi bersama kelab Jepun iaitu Yokohama F Marinos dimana beliau menyertai kelab itu pada Februari.

Buriram United
Sandy Walsh

Buriram ketika ini dibarisi oleh seorang lagi pemain dari Indonesia iaitu Shayne Pattynama.

Shayne menyertai Buriram ketika jendela perpindahan pertama dari kelab Liga Belgium KAS Eupen.

Dua lagi pemain Indonesia beraksi dalam saingan Thai League 1 musim 2025-2026 iaitu Asnawi Mangkualam (Port) dan Pratama Arhan (Bangkok United).