Penyanyi popular Cakra Khan nampaknya sudah ‘jatuh cinta’ dengan keenakan masakan Mamak di Malaysia! Mana tidaknya, beliau dilaporkan memborong berkotak-kotak mi segera sebagai stok peribadi untuk dibawa pulang ke Indonesia.
Memetik mStar, penyanyi terkenal berusia 33 tahun ini mendedahkan beliau mula jatuh cinta dengan mi segera selepas merasakan keenakan mi segera yang dimasak oleh mamak di Malaysia.
Oleh itu, beliau bakal memastikan dirinya akan membeli berbungkus-bungkus makanan tersebut balik ke negara tercinta mahu masak di kediamannya.
Tambahnya, pada suatu ketika setiap kali melalui pemeriksaan di lapangan terbang pasti ada yang menyangka beliau mahu jual semula pek makanan tersebut di Indonesia.
“Saya akan bawa pulang berkotak-kotak sehingga disangka mahu menjual semula.
Setiap orang yang ikut saya ke Kuala
Lumpur akan bawa satu kotak.
“Tetapi sekarang seperti sudah terbiasa.
Pihak berkuasa di lapangan terbang pun seakan tahu makanan kegemaran saya dan sudah tidak banyak bertanya,” katanya.
Menariknya, beliau sendiri akan memasak mi segera itu dengan menu tersendiri yang mana memasukkan campuran pelbagai sayuran dan bahan protein.
Tambahnya, rasa produk makanan dari Malaysia itu berbeza berbanding mi segera yang biasa didapati di pasaran lokal di Indonesia.
“Di Indonesia saya suka satu jenama mi segara. Tetapi rasa kari itu berbeza. Perisa kari yang dijual di sini ada keunikan sendiri.
“Daripada dulu saya sudah tahu masak mi segera. Ibu juga selalu pesan supaya menambah sayuran serta bahan lain.
Biasanya saya akan dihidang dalam mangkuk besar sebab ada banyak bahan campuran lain,” kongsinya.