Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar menyatakan satu kertas siasatan dibuka berhubung sekumpulan geng kereta healing dan memasak mi segera di stesen minyak.
Memetik laporan Harian Metro, pihak Polis Daerah Bentong menerima laporan 12.35 tengah hari semalam berhubung klip video itu yang tular di media sosial.
Baca Juga:
- ‘Bukan Nak Tutup Periuk Nasi, Tapi . . .’ – Ibu Kecewa Anak Mudah Dapat Mi Segera Depan Sekolah
- Geng Honda Bangga Tayang ‘Healing’, Masak Mi Segera Dekat Stesen Minyak
“Hasil siasatan mendapati klip video berkenaan dimuat naik pada 13 Mei sebelum tular di laman sosial X.
“Klip video berdurasi kira-kira 50 saat memaparkan sekumpulan pemilik kenderaan melakukan aktiviti memasak stesen minyak berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya lagi, operasi bersepadu akan dijalankan di sekitar kawasan itu dengan lebih kerap terutama pada hujung minggu dan cuti umum.
Katanya, tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melakukan aktiviti yang mengganggu ketenteraman awam.
“Polis mendapat maklumat dan aduan lokasi berkenaan sering menjadi tumpuan pemilik kenderaan berkumpul dan melakukan aktiviti yang mengganggu keterangan awam.
“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan (menyebabkan kegusaran awam) dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan (perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri),” jelasnya.
Geng Honda Bangga Tayang ‘Healing’, Masak Mi Segera Dekat Stesen Minyak
Beliau juga meminta mana-mana pihak yang melihat kejadian berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan.
Terdahulu, tular satu klip video dikongsikan salah seorang terlibat dengan aktiviti healing sambil memasak mi segera di sebuah stesen minyak popular di Malaysia.
Video itu mendapat respon kurang senang daripada netizen dengan tindakan mereka yang boleh mengundang kemalangan di kawasan mudah terbakar itu.