Seorang lagi pemain yang dilaporkan memiliki kaitan dengan Malaysia menjadi perbincangan di laman media sosial dimana calon pemain kacukan tersebut sudah mengikuti akaun media sosial Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pemain yang dimaksudkan ialah Ferdy Druijf dimana beliau ketika ini beraksi bersama kelab Eredivisie Belanda, PEC Zwolle secara pinjaman dari kelab Austria, SK Rapid. Tinjauan di laman Instagram miliknya menunjukkan Druijf sudah mengikuti laman FAM.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurt perkongsian Future Talents di laman media sosial X, Druijf memiliki pertalian dengan Malaysia melalui ibunya namun tidak menyebut secara jelas dari negeri mana ibunya berasal.

Pemain berusia 25 tahun itu boleh beraksi di beberapa posisi di bahagian serangan dimana beliau mampu untuk beraksi sebagai penyerang dan juga pemain nombor 10.

Calon pemain kacukan ini memulakan kancah beliau dalam bola sepak profesional bersama skuad pembangunan AZ Alkmaar dan setelah itu beliau menyertai beberapa kelab di Belanda dan Belgium seperti NEC Nijmegen dan KV Mechelen sebelum beraksi bersama SK Rapid.

Pemain yang mempunyai ketinggian 190 sentimeter itu ketika ini mempunyai nilai pasaran sebesar €1 Juta atau sekitar RM5.1 Juta.

Sekiranya FAM berjaya meyakinkan Druijf untuk memperkuatkan pasukan kebangsaan, maka beliau akan memberikan saingan kepada penyerang tunggal negara ketika ini iaitu Darren Lok untuk mengisi posisi sebagai penyerang utama.

Ketika beraksi dalam temasya Piala Asia 2023 di Qatar, ketua jurulatih iaitu Kim Pan-gon membawa Darren Lok dan Romel Morales sebagai penyerang utama pasukan negara.