Untuk makluman semua,Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, di sini, bersedia menerima penerbangan antarabangsa pada tahun ini. Malah, kini lapangan terbang itu kembali beroperasi hari ini susulan projek pembesaran fasa pertama disiapkan.

Menurut Sinar Harian, pengoperasian fasa satu terminal itu mampu menampung 1.5 juta penumpang manakala pembinaan fasa dua akan dilaksanakan serta-merta dan dijangka dapat menampung empat juta penumpang.

Sebaik terminal baharu LTSIP ini dibuka secara rasmi, rata-rata penumpang teruja menggunakan kemudahan di terminal baharu fasa 1 Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) yang mula beroperasi pada Rabu lalu.

Dengan rekaan infrastruktur serba moden yang bertaraf antarabangsa, tidak hairanlah ramai teruja sehingga ada yang mengeluarkan telefon pintar masing-masing untuk merakamkan detik-detik terindah menjadi pengguna terawal di LTSIP.

Susulan itu, muncullah sejumlah video di platform media sosial yang memperlihatkan kecantikkan fasiliti di terminal baharu itu termasuklah ruang parkir yang luas, perkhidmatan shuttle berkala, miliki lebih 20 kaunter penerbangan, tempat daftar layan diri dan sebagainya.

@onickk97

Lepasni dah boleh guna airport #kotabharu yang baru 😍 #airport #malaysiaairports #new #fypシ #viralvideo

♬ I Love Kelate – Emie Sukma Sari

@armansharifibrahim

Airport baru tapi payoh nok parking ? Kongsi video ni supaya ramai dpt tahu tempat parking baru. Pinjam lagu @W.Nur Amirah (Ladyboss WNA) #ltsip #airportkotabharu #lapanganterbangsultanismailpetra #newterminal #malaysiaairport

♬ I Love Kelate – Emie Sukma Sari

@syazana77

Welcome to new airport KBR , aaasyomell sgt #newairport #airportkbr #fyp #gtrkbr @im NaNadya

♬ suara asli – Yakin Dulu Aja – Yakin Dulu Aja

Kekaguman terhadap imej baharu terminal LTSIP bukan sahaja pada warga tempatan di Kota Bahru, malah pengguna internet juga memberikan reaksi yang sama.

Ramai yang memuji akan kecantikan terminal baharu LTSIP itu dan berpendapat ia sudah bertaraf antarabangsa.

“Cantik dah airport di Kota Bahru,” ujar seorang netizen di X.

“Alhamdulillah rezeki untuk negeri Kelantan,” luah seorang netizen lagi.

“Tiba-tiba rasa aku rasa nak book flight balik raya haji ni…. rela tak drive semata-mata nak cuba lapangan terbang baharu ini,” kongsi seorang netizen yang teruja mahu menerokai terminal baharu LTSIP.

“Kelantan semakin maju dah sekarang ni sebab banyak perubahan,” kongsi seorang netizen yang turut kagum dengan pengenalan fasiliti tersebut.

Dalam pada itu, ada juga yang meminta pihak kerajaan mempertimbangkan untuk mengubah wajah terminal bas Kota Bahru yang tampak uzur pada ketika ini.

Sebagai maklumat tambahan, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku PM mengumumkan bahawa LTSIP bakal menjadi sebagai lapangan terbang antarabangsa selepas menambah 400 meter lagi keluasan terminal tersebut.