Caprice meminta semua pihak ‘move on’ kerana kes antara dia dan pemuda yang menghina anaknya sebelum ini sudah pun selesai.

Sebelum ini seorang lelaki telah menghina bayi yang merupakan anak Caprice dengan kata kata cacian dan menyamakannya dengan bab*.

Baca Juga:

Kemudian Caprice dan isterinya menerima permohonan maaf daripada lelaki tersebut. Namun isteri Caprice telah mengambil tindakan yang agak keras ke atas pemuda tersebut.

Dia menyatakan pemuda itu harus mengikut cara yang dia mahukan untuk meminta maaf. Dan kemudian dia meminta pemuda itu melutut di hadapannya.

Selepas melutut, Caprice membawa pemuda itu pergi ke masjid dan menghulurkan wang sedekah kepada ibu pemuda itu.

Namun begitu, tindakan isteri Caprice yang menyuruh pemuda itu melutut untuk meminta maaf telah menerima banyak kritikan. Ini termasuk daripada penceramah terkemuka ustaz Syamsul Debat.

Syamsul Debat: “Memaafkan Tak Perlu Sampai Jatuhkan Maruah Orang Lain”

Ramai netizen kurang senang dengan tindakan itu yang dianggap melampau dan mengaibkan pemuda tersebut.

Caprice tampil mempertahankan tindakan isterinya.Caprice menyatakan bahawa keluarga pihak pemuda tersebut baik baik sahaja dengan tindakan dia dan isterinya. Dan kes itu sudah pun selesai.

Menerusi IG miliknya, Caprice turut memuat naik tangkap layar perbualannya dengan abang kepada lelaki tersebut.

Di mana abang kepada pemuda itu menyatakan bahawa mereka menerima cara tersebut dan ibunya tidak mahu hal itu dipanjangkan lagi.

Caprice menulis: “Case closed: Pihak / mak budak tu pun ok dengan tindakan kami, so kepada sesiapa yang masih tidak puas hati dengan cara Elis… dah boleh move on kot.”

Caprice kemudian menyeru semua netizen bersama sama membanteras budaya buli siber yang berleluasa pada ketika ini.

Sambil menyatakan bahawa semua pihak tidak seharusnya terlalu memanjakan sangat generasi muda yang ada pada hari ini. Ini untuk membolehkan mereka semua kenal apa itu adab.

Caprice menambah: “Jom kita sama-sama pejuang dan lawan budaya buli-cyber. Kita tak boleh terlalu manja sangat dengan generasi sekarang yang tak kenal ape tu adab. InsyaAllah. Pengajaran untuk kami semua.”