Caprice ternyata tidak setuju dengan pihak yang mendesak untuk membatalkan konsert Coldplay sebagai tanda solidariti buat rakyat Palestin yang sedang menderita di negara mereka.

Menurut Caprice langkah hanya mendesak pembatalan konsert Coldplay dianggap pilih kasih kerana artis artis tempatan dan program realiti hiburan seperti All Stars Gegar Vaganza masih dibenarkan dan diteruskan tanpa ada tekanan.

Baca Juga:

Menerusi Instagram miliknya, Caprice memberikan pandangannya: “Baru baru ini kecoh apabila ramai yang mulai bersuara [desak] untuk batalkan konsert Coldplay sebagai tanda hormat kepada apa yang berlaku di Palestin.”

“Dengar sini Malaysia, apa beza Coldplay dengan konsert Aina Abdul? Kenapa Aina Abdul tak ada siapa pun desak untuk batalkan.”

“Dan apa beza beza konsert Coldplay dengan Aliff Aziz [dalam program All Stars Gegar Vaganza]? Bagi Cap [Caprice] tiada beza kerana dua-duanya hiburan.”

Caprice kemudian mengingatkan rakyat Malaysia bahawa konflik antara Israel dan Palestin sudah berlarutan sejak 75 tahun lamanya. Jadi, Caprice merasakan ada banyak cara nak tunjuk solidariti kepada Gaza namun bukannya dengan melarang orang berhibur.”

Caprice menambah: “Kita ni kena lagi matang apabila tiba kepada isu Palestin. Mereka sudah lalui perang lebih 75 tahun sebelum kita lahir lagi. Kalau kita nak tunjuk hormat, atau bersolidariti dengan Palestin, Cap rasa ada seribu cara lain, daripada nak mula suruh kita jangan berhibur ke atau jangan tengok hiburan ke?”

“Contohnya banyakkan berdoa, bersedekah, banyakkan derma, banyakkan buat konten tentang maklumat mengenai Palestin, boikot produk yang membantu mereka dan macam-macam lagi.”

Akhir sekali Caprice menyindir, jika betul betul mahu Malaysia bebas daripada sebarang hiburan tanda solidariti buat Palestin, lebih baik tutup semua media penyiaran, media elktronik dan segala platform yang ada hiburan.

“Tapi, kalau orang nak kita tak mahu ada hiburan sebagai tanda hormat, baik kita tutup Astro, YouTube, Tik Tok, pawagam, radio, Facebook dan Spotify misalnya sebab dalam platform ini ada hiburan,” akhiri Caprice.