Caprice akui sedih melihat apa yang berlaku kepada Parti Ikatan Demokratik Malaysia atau  MUDA.

Ini selepas presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didapati bersalah dalam kesemua pertuduhan bersubahat dalam jenayah pecah amanah, penyelewangan wang dan penggubahan wang haram.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Syed Saddiq dijatuhi hukuman penjara 7 tahun, dua sebatan dan denda sebanyak RM10 juta di atas kesalahannya. Syed Saddiq kemudian meletakkan jawatannya sebagai presiden Parti MUDA.

Syed Saddiq Ahli Politik Pertama Dikenakan Hukuman Sebat – Pendakwaan

Syed Saddiq bagaimanapun sudah bertekad bahawa apa yang berlaku tidak sesekali mematahkan semangatnya. Sambil menegaskan dia tidak sesekali menyesal, takut apatah lagi berhenti bersuara.

Kerana beliau berpegang kepada prinsip berani kerana benar.

Perkara itu menarik perhatian Caprice yang sedia membantu menstrutkturkan semula MUDA dengan kepakarannya.

Caprice menyatakan dia tahu cara untuk membantu parti itu kembali bangkit. Dengan menyusun semula strategi serta penstrukturan semula.

Caprice menganggap masa depan negara bergantung kepada generasi muda dan MUDA merupakan organisasi politk yang memberikan peluang seluas luasnya kepada generasi muda untuk terlibat politik.

Caprice berkata: “Parti Muda jika kamu perlukan bantuan untuk menstrategi semula, menstruktur semula dan merombak semula, hubungi sahaja saya.”

“Saya sedia untuk masuk serta. [Kerana] suara anak muda sangat penting untuk masa depan Malaysia.

Caprice dikenali sebagai seorang selebriti yang lantang dalam melontarkan pandangannya walaupun dianggap kontroversi.