Bila sebut travel, antara perkara yang selalu buat ramai pening ialah nak packing. Lagi-lagi kalau hanya bawa cabin bag, memang kena fikir masak-masak supaya semua barang muat tanpa perlu tambah bagasi.

Hakikatnya, bukan soal beg besar atau kecil, tapi cara kita menyusun barang. Dengan teknik yang betul, cabin bag pun sebenarnya boleh memuatkan lebih banyak barang daripada yang disangka.

1. Gulung pakaian, bukan lipat

Cara Packing Cabin Bag Macam Pro, Muat Banyak Rupanya! Ini 5 Teknik Yang Ramai Baru Tahu

Ramai masih melipat baju seperti biasa, sedangkan teknik menggulung pakaian boleh menjimatkan ruang dengan lebih efektif.

Selain itu, pakaian juga lebih mudah dicari tanpa perlu mengeluarkan semua isi beg. Teknik ini sesuai untuk t-shirt, seluar, pakaian tidur dan pakaian kasual.

Kalau nak lebih kemas, susun mengikut kategori atau hari supaya lebih mudah semasa bercuti nanti.

2. Pilih pakaian yang mudah dipadankan

Cara Packing Cabin Bag Macam Pro, Muat Banyak Rupanya! Ini 5 Teknik Yang Ramai Baru Tahu

Tak perlu bawa satu outfit lengkap untuk setiap hari. Sebaliknya, pilih pakaian dengan warna neutral yang boleh dipadankan dengan beberapa helai seluar atau jaket.

Contohnya, tiga helai baju boleh menghasilkan enam hingga lapan gaya berbeza jika dipadankan dengan aksesori atau seluar yang berlainan.

Cara ini bukan sahaja menjimatkan ruang, malah mengurangkan berat bagasi.

3. Gunakan packing cubes atau travel organizer bag

Cara Packing Cabin Bag Macam Pro, Muat Banyak Rupanya! Ini 5 Teknik Yang Ramai Baru Tahu

Packing cubes semakin popular dalam kalangan kaki travel kerana membantu mengasingkan barang mengikut kategori.

Sebagai contoh, satu organizer untuk pakaian, satu lagi untuk pakaian dalam dan satu lagi untuk aksesori atau barangan mandian.

Apabila sampai di destinasi, anda tidak perlu lagi mengorek seluruh beg hanya untuk mencari sehelai baju.

4. Simpan barang paling berat dekat bahagian roda beg

Cara Packing Cabin Bag Macam Pro, Muat Banyak Rupanya! Ini 5 Teknik Yang Ramai Baru Tahu

Ramai hanya campak barang ikut suka, sedangkan cara menyusun barang juga memainkan peranan.

Letakkan kasut, peralatan mandian atau barangan yang lebih berat berhampiran bahagian roda cabin bag. Ini membantu mengimbangkan berat beg, menjadikannya lebih stabil ketika ditarik dan mengurangkan risiko beg mudah terbalik.

Pada masa sama, pakaian yang lebih ringan boleh disusun di bahagian atas untuk memudahkan anda mengambilnya apabila diperlukan.

5. Susun ikut urutan kegunaan, bukan ikut jenis barang

Cara Packing Cabin Bag Macam Pro, Muat Banyak Rupanya! Ini 5 Teknik Yang Ramai Baru Tahu

Kebanyakan orang akan mengasingkan pakaian, kasut dan aksesori dalam satu tempat. Tetapi bagi yang kerap travel, mereka lebih gemar menyusun mengikut urutan kegunaan.

Sebagai contoh, pakaian untuk hari pertama, pengecas telefon dan barangan mandian diletakkan di bahagian paling atas kerana ia akan digunakan sebaik sahaja tiba di destinasi.

Dengan cara ini, anda tidak perlu mengeluarkan hampir keseluruhan isi beg hanya untuk mencari satu barang.

6. Bawa sarung bantal kosong sebagai ‘extra storage‘ (untuk flight yang membenarkan)

Cara Packing Cabin Bag Macam Pro, Muat Banyak Rupanya! Ini 5 Teknik Yang Ramai Baru Tahu

Sesetengah traveller menggunakan sarung bantal kosong untuk mengisi jaket atau pakaian lembut ketika boarding. Ia boleh berfungsi sebagai bantal semasa dalam penerbangan dan pada masa yang sama mengurangkan ruang yang digunakan dalam cabin bag.

Namun, pastikan anda menyemak polisi syarikat penerbangan kerana peraturan mengenai item peribadi boleh berbeza mengikut airline.

Lengkapkan persiapan sebelum bercuti

Percutian yang menyeronokkan sebenarnya bermula sebelum anda melangkah ke lapangan terbang.

Lepas ni tak ada lagi alasan cabin bag tak muat! Kalau anda sedang merancang percutian, mungkin ini masa yang sesuai untuk upgrade beberapa travel essentials supaya proses packing jadi lebih mudah.