Di era digital hari ini, scammer mula giat mencari mangsa di kalangan warga emas kerana lebih mudah untuk diperdaya dan berduit barangkali.
Inilah nasib yang menimpa seorang wanita di mana ibunya telah hilang pertimbangan kerana dihalang daripada keluar ke sebuah pasara raya untuk melakukan transaksi ke scammer.
Rakaman yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @yaisyahaha mendedahkan ibunya sudah hilang pertimbangan dan bertindak melemparkan semua barangan di kediaman keluarga itu sebagai tanda protes kerana tidak dihalang keluar rumah.
Wanita itu terpaksa menghalang ibunya berbuat sedemikian kerana hasratnya pergi ke bank di pasar raya itu adalah untuk memasukkan wang ke dalam akaun ‘scammer’.
“Dia kata saya kurung dia, walhal risau dia jalan bersendirian. Inilah hasil umi mengamuk hari ini, seolah-olah dipukau minda sampai tidak boleh fikir yang mana betul yang mana salah”, katanya.
Namun apakan daya, wanita itu terpaksa menghantar ibunya ke pasaraya berkenaan selepas didakwa mengugut mahu mencederakan diri dengan gunting.
“Bukan tak nak bawa, tapi sebab umi nak pergi bank dan masukkan duit dekat ‘scammer’.
“Sekarang ini banyak dah hutang umi buat dengan orang tak dikenali sebab nak bagi ‘scammer’. Kami anak-anak umi tak kaya, cari duit untuk senangkan umi. Tapi, umi senangkan ‘scammer’”, luahnya lagi.
Lebih menyedihkan lagi, apabila wanita itu mendedahkan yang ibunya telah meminjam wang dengan sejumlah individu demi memenuhi permintaan scammer terbabit.
Dari video itu, ibunya kelihatan seperti kerasukan dan tidak boleh berfikiran waras lagi apabila membuat kecoh dengan menyelerakkan perabot dan baju di ampaian kerana tidak dituruti permintaannya.
@yaisyahaha
Sementara di ruuangan komen pula dipenuhi dengan pelbagai respon daripada netizen dan ada yang menceritakan pengalaman ahli keluarga mereka ditipu oleh scammer.
Ramai juga berpendapat ibunya mungkin telah dipukau kerana terlalu agresif dan tidak berkelakuan rasional apabila permintaan tidak dituruti.