Pengeluar sarung telefon dan perkakas terkemuka, CASETiFY kini mengumumkan barisan produk baharu mereka untuk bulan Mac.

Menariknya, pada kali keluaran kali ini merangkumi tiga barisan baharu dengan kerjasama jenama popular untuk sarung peranti mereka iaitu Buddy Gator, Beyond The Vines dan paling utama sekali Doraemon.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

 

Buddy Gator

Sumber Gambar: CASETiFY

Jika tidak memgenalinya, Buddy Gator merupakan lakaran yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia, Chow Hon Lam. Beliau menghasilkan komik ringkas yang menampilkan buaya sebagai watak yang membawa aura positif dalam semua perkara. Dengan watak itu dapat memberi nasihat kepada orang ramai dalam bentuk yang mudah difahami.

Casetify menghasilkan aksesori dengan rekaan Buddy Gator seperti sarung telefon iPhone, Samsung Galaxy dan Google Pixel. Terdapat juga sarung fon putik dan tablet bagi melengkapi koleksi kali ini.

Beyond The Vines

Sumber Gambar: CASETiFY

Beyond The Vines direka dengan menggabungkan pelbagai kesenian dalam reka bentuk bergantung kepada naratif CASETiFY. Gambaran yang disamakan adalah dengan A World Beyond.

BTV Hotel juga merupakan salah satu percutian yang seronok dan amat digalakkan oleh komuniti kami. Mereka boleh berdaftar masuk berehat dan bermain.

Doraemon

Peminat Doraemon pasti sangat gembira dengan tawaran terbaru Casetify kali ini. Jenama ini berjaya mengamit memori kanak-kanak anda kerana kehadiran sejumlah produk dengan inspirasi daripada anime terkenal itu seperti pintu suka hati, buluh terbang dan bermacam lagi.

Ini termasuklah dalam bentuk sarung telefon, tablet, fon putik, serta tali pemegang telefon dan pengecas MagSafe dengan sentuhan istimewa daripada animasi tersebut.

Sumber Gambar: CASETiFY

Jika anda mahu sesuatu yang boleh disuaikan secara peribadi, Casetify turut menawarkannya di mana pembeli boleh meletakkan pelbagai gambar dan perkataan berkaitan Doraemon menjadi aksesori yang diingini.

Kesemua produk ini sudah boleh didapati di pasaran kecuali siri Doraemon hanya akan dijual bermula 27 Mac ini. Anda boleh lawati laman rasmi CASETIFY untuk membuat pembelian barisan koleksi eksklusif untuk bulan Mac ini.