Jika di Malaysia, harga untuk sebungkus atau sepinggan nasi lemak kebiasaannya boleh bermula serendah RM1 sehingga RM7 untuk satu hidangan. Harga ini selalunya bergantung kepada lokasi dan juga menu yang ditawarkan.

Semakin mewah kedai berkenaan dan semakin banyak lauk pauk add-ons yang ditambah semakin tinggi harganya. Namun kebiasaannya harga untuk hidangan kegemaran ramai rakyat Malaysia ini jarang sekali melebihi RM10 untuk seorang makan.

Malah menurut Utusan Malaysia yang memetik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi Indeks Harga Pengguna bulan Oktober lalu, mereka melaporkan harga purata nasional bagi sebungkus nasi lemak adalah RM2.83.

Tetapi anda mungkin terkejut dengan harga nasi lemak yang ditemui pasangan YouTuber Jepun, iChang RM yang baru-baru ini berkongsikan mereka telah menemui ‘nasi lemak paling mahal di dunia’ yang dijual di Hong Kong.

Walaupun tajuk video berkenaan mendakwa ianya adalah ‘nasi lemak paling mahal’ di dunia namun tidak dapat dipastikan berapakah harga paling tinggi yang pernah direkodkan untuk satu hidangan nasi lemak ini.

iChang RM adalah YouTuber berasal Jepun menetap di Hong Kong yang pernah membuat beberapa siri video travel dan makan di Malaysia sebelum ini. Mereka juga turut menghasilkan beberapa konten berkaitan makanan tempatan selain menerokai kedai-kedai makan di Malaysia.

11

Dalam video bertajuk The Most Expensive Nasi Lemak in The World itu, pasangan berkenaan telah memesan Nasi Lemak yang didatangkan dengan ayam berempah, sambal, telur goreng, timun batang ikan bilis, kacang sama seperti yang dijual di negara ini.

Tetapi jangan tersilap, walaupun ianya mungkin kedengaran seperti Nasi Lemak Ayam yang biasa kita pesan dan dijual dengan harga di bawah RM10 di negara ini, namun harganya meningkat berkali ganda dan dijual sehingga Hong Kong Dollar (HKD)138 atau sekitar RM73 jika ditukar ke mata wang Malaysia.

Bukan 10 ringgit atau 20 ringgit tetapi 73 ringgit untuk satu hidangan nasi lemak. Itulah harga yang ditetapkan di kedai berkenaan untuk sepinggan Nasi Lemak Ayam di Hong Kong.

12
Senarai Harga Nasi Lemak Di Kedai Berkenaan

Bagaimanapun, nasi lemak bukannya satu-satu menu yang mengejutkan mereka pada hari itu, tetapi beberapa menu tambahan seperti Nyonya Laksa dan Milo Dinosaur yang mencecah harga RM26 turut menambah kemewahan hidangan yang dinikmati mereka berdua.

Walaupun nasi lemak berkenaan disenaraikan sebagai nasi lemak Singapura namun pasangan berkenaan memberitahu aromanya (dan ayam goreng) mengingatkan mereka kepada kenangan lalu ketika berada di Malaysia.

“Hampir 200 ringgit? Ianya mahal tetapi membuatkan kita rasa seperti berada di Malaysia.

“Apa yang kita boleh makan di Malaysia dengan 200 ringgit di Malaysia?

“Atau berapa kali kita boleh makan di Malaysia dengan 200 ringgit di Malaysia,” soal iChang kepada temannya selepas menikmati hidangan berkenaan.

Walaupun mengakui harganya sedikit mahal berbanding dengan apa yang dijual di Malaysia namun hidangan yang dinikmati itu jelasnya berjaya membawa mereka mengimbau kembali kenangan ketika berada di Malaysia.

“Nasi Lemak Ayam Goreng nombor 1 di Hong Kong dan paling mahal,” kongsinya sambil membandingkan antara nasi lemak yang pernah dicubanya di kota berkenaan.

Pasangan itu sebelum ini pernah mencuri tumpuan dengan video memasak kari mereka yang dikatakan menggunakan resipi dari YouTuber Malaysia Sugu Pavithra. Baca lebih lanjut mengenainya melalui pautan di bawah. 

Resipi Sugu Di YouTube Jadi Panduan Pasangan Jepun Ini Hasilkan Kari Ayam

Pasangan YouTuber Jepun Terima Hadiah ‘Berharga’ Dari Syarikat Malaysia