Minggu yang penuh dengan cabaran dan kegembiraan buat CEO Snap Inc, Evan Spiegel. Nilai syarikat beliau menurun $1.3 billion gara-gara sebuah tweet daripada Kylie Jenner yang mengatakan beliau tidak lagi menggunakan aplikasi ini.
sooo does anyone else not open Snapchat anymore? Or is it just me… ugh this is so sad.
— Kylie Jenner (@KylieJenner) February 21, 2018
Disebalik kejatuhan nilai syarikat, CEO dan pengasas bersama aplikasi Snapchat dilaporkan bakal menerima sebanyak $637 juta (~RM2.49 bilion) tidak lama lagi. Jumlah yang bernilai 9 angka ini bakal diterima berikutan laporan saham aplikasi ini yang mula memasuki IPO pada tahun lalu.
Berbincang soal bayaran gaji, dikatakan Evan Spiegel turut menerima gaji sekitar $100,000 serta beberapa imbuhan lain yang bernilai melebihi $1 juta. Kejayaan yang diterima beliau sepanjang menjadi CEO Snap Inc telah menjadikan beliau CEO ketiga dengan bayaran bonus tertinggi sepanjang sejarah.