Setiap kali dUCk tampil dengan koleksi terbaru, pasti ia akan mendapat perhatian umum. Mana tidaknya, ramai yang mendakwa rekaan koleksi dUCk sering plagiat idea jenama tempatan.
Lantaran itu, jenama dUCk milik Vivy Yusof sekali mencipta kontroversi apabila memuatnaik gambar produk baharu mereka iaitu pin magnet. Menerusi tinjauan komen mendapati, ramai mengatakan bahawa rekaan pin magnet ini telah meniru rekaan jenama besar, Bokitta.
Malah, Bokitta dalam satu kenyataan di Facebook mengucapkan tahniah kepada Pengarah Reka Bentuk dan co-founder Hala Absi yang berasal daripada Lubnan kerana berjaya menjadi ‘inspirasi’ kepada jenama lain.
Difahamkan, Hala Absi telah bertungkus lumus untuk menghasilkan variasi idea produk aksesori keluaran Bokitta termasuk BOKITTA MAGNETIC SHAPERS™ yang dikeluarkan pada tahun 2019.
Berikutan itu, para peminat jenama Bokitta mengatakan bahawa aksesori hijab tersebut telah dikeluarkan oleh Bokitta pada tahun lalu. Melihat pada rekaan, para netizen juga berpendapat rekaan yang ditonjolkan sama dengan rekaan aksesori hijab Bokitta.
Isu ini sering dibangkitkan dan seperti tiada tanda noktah. Apakah pendapat anda mengenai perkara ini?
Bagi anda yang terlepas artikel berkaitan dengan isu-isu plagiat dUCk, anda boleh baca artikel di bawah ini.
Selepas Soonaru, Pelukis Ilustrasi Ini Pula Dakwa Karyanya Ditiru FashionValet
Bekas Peminat Vivy Yusof Ini Kongsi ‘Nasihat Berguna’ Buat Golongan B40 Dan M40