Personaliti masakan terkenal di Malaysia, Che Nom mengumumkan bakal berundur daripada dunia konten.

Menerusi hantaran Facebook baru-baru ini, beliau menjelaskan sebab semakin kurang memuat naik konten pada YouTube seperti sebelum ini.

Baca Juga:

'Masa Semakin Berharga, Nak Fokus Kehidupan Lebih Tenang' – Che Nom Bakal Berundur Daripada Dunia Konten
Sumber Gambar: Facebook

“Terus terang, setelah lebih 416 juta views dan 24 juta jam tontonan, Che Nom rasa sangat bersyukur dan puas hati dengan apa yang telah dicapai bersama anda semua selama ini.

“Dari hanya kongsi resepi di rumah, kini kami dah jadi satu jenama, bantu ramai yang baru nak belajar memasak, yang guna resepi untuk bisnes kecil-kecilan, dan yang rindu masakan kampung. Semua ini sangat bermakna dalam hidup Che Nom,” kata personaliti internet itu.

'Masa Semakin Berharga, Nak Fokus Kehidupan Lebih Tenang' – Che Nom Bakal Berundur Daripada Dunia Konten
Sumber Gambar: Facebook

Menurutnya lagi, beliau sudah sampai ke satu tahap ingin buat sesuatu yang lebih bermakna secara peribadi.

Beliau mahu fokus pada keluarga, lebih lagi anak-anak semakin membesar, serta kesihatan dan kehidupan yang lebih tenang.

“Kadang-kadang, yang paling fulfilling bukan lagi angka atau views — tapi masa yang diluangkan dengan orang tersayang dan buat perkara yang dekat dengan hati.

Che Nom tak berhenti terus secara mengejut
'Masa Semakin Berharga, Nak Fokus Kehidupan Lebih Tenang' – Che Nom Bakal Berundur Daripada Dunia Konten
Sumber Gambar: Facebook

Pemilik akaun YouTube yang mempunyai 2.34 juta pengikut itu berkata beliau tidak akan terus berhenti serta-merta.

Tetapi beliau akan perlahan-lahan kurangkan menghasilkan video.

“Mungkin 3-4 video sebulan sahaja, atau fokus kepada content eksklusif untuk ahli yang benar-benar hargai kualiti.

“Doakan agar perjalanan seterusnya lebih bermakna dan membawa manfaat dalam bentuk yang lain pula, insyaAllah.

“Terima kasih atas sokongan selama ini. Tanpa anda semua, tidak mungkin Che Nom sampai ke tahap ini,” jelas personaliti internet itu.

Hantaran Facebook itu mendapat lebih satu ribu komen daripada para peminatnya.

Ramai mengucapkan terima kasih atas perkongsian resipi selama ini. Rata-rata menyatakan apa yang diajar, menjadi apabila dibuat sendiri.

Netizen turut mendoakan kesejahteraan dan ucapan maju jaya buat Che Nom.