Rozita Che Wan mendedahkan bahawa dia sudah pun membayar hutang MARA. Namun masih ramai lagi netizen yang mengecamnya.

Tindakan netizen itu membuatkan anaknya Aaisyah merasa sangat sedih dan kecewa melihat ibunya dikecam.

Rozita Che Wan sebelum ini berdepan dengan isu hutang MARA. Membuatkan rumah dan asetnya disenarai untuk disita untuk lelongan.

Berita itu benar benar mengejutkan ramai pihak. Kerana sebelum itu seorang lagi selebriti, Datuk Seri Vida, juga berdepan dengan masalah yang sama.

Namun proses itu ditangguhkan atas sebab yang tidak didedahkan.

Che Ta sebelum ini tidak banyak memberikan komen tentang perkara itu.

Kemudian, menurut laporan mStar, pelakon dan influencer terkenal itu sudah melangsaikan hutang MARA hampir RM1 juta.

Dia memberitahu anaknya bahawa mereka sekarang tidak terikat dengan hutang MARA lagi.

Che Ta kemudian terharu melihat anaknya Aaisyah sudah mulai pandai risau dengan emaknya. Tanda anaknya sudah pun besar.

Che Ta berkongsi tangkap layar perbualan dia dan Aaisyah. Di mana anaknya bertanya, sama ada dia sudah membayar hutang MARA atau tak.

Che Ta menjawab: “Sudah! Kenapa sayang?”

Anaknya menyatakan dia sedih tengok ramai netizen mengata ibunya. Dan menambah dia sangat sayangkan ibunya.

Che Ta menulis kapsyen: “Kerisauan seorang anak. Besar dah Aaisyah, pandai dah risau pasal emak dia.”

Che Ta