Sejak hari semalam tular satu hantaran Facebook menyatakan selebriti bualan ramai pada ketika ini, Rozita Che Wan atau Che Ta ada berhutang dengan satu syarikat kontraktor rumput.

Bagaimanapun hantaran itu telah pun dipadam selepas seorang usahawan kosmetik terkenal yang juga sahabat lama Che Ta tampil membantu melangsaikan hutang tersebut.

Baca Juga:

Menerusi hantaran Facebook kontraktor itu, beliau ada menerima mesej WhatsApp daripada usahawan kosmetik itu yang memperkenalkan diri sebagai Anas Zahrin.

Usahawan itu menyatakan perbualan mereka berdua itu langsung tidak diketahui Che Ta dan mahu membantunya sebagai sahabat lama.

“Saya nak tanya, berapa dia hutang tuan?” – Anas

“Maaf tuan, RM7,000. Last saya minta RM5,000 sahaja” – BaNi

“Bagi nombor akaun tuan” – Anas

“Dapat cover kos pun dah syukur” – BaNi

“Tak apa, saya bayarkan” – Anas

“Allahu, serius ke tuan?” – BaNi

Kontraktor itu sangat terkejut dengan tindakan Anas yang sangat mulia kerana sudi membantu menyelesaikan bayaran tersebut.

Menurutnya lagi, hasil RM7,000 diterima itu akan digunakan untuk selesaikan hutang staf. Sementara baki daripadanya akan digunakan untuk menunaikan umrah.