Pasti anda mengenali anak perempuan Che Ta iaitu Aaisyah Dhia Rana, bukan? Untuk pengetahuan anda, Aaisyah merupakan anak hasil perkahwinan Che Ta bersama Zain Saidin pada 2013.

Terbaharu, sebuah video yang menunjukkan bilik tidur anak perempuan Che Ta telah tular di TikTok. Menerusi video terbabit, dapat dilihat pemilik video menerokai bilik tidur tersebut bersama Aaisyah.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

@nurkhalaf

Heaven nya ampaaaaa Nak jadi anak Che Ta gak lah!

♬ original sound – Nur Khalaf – Nur Khalaf

Bukan sahaja cantik tetapi ruangan biliknya juga cukup besar dimana ruangan bilik air juga dilengkapi dengan bath tub.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen terkejut melihat saiz bilik tidur dan bilik air Aaisyah yang besar serta cantik.

Segelintir netizen terpegun dan mengatakan bahawa saiz bilik tidur Aaisyah sudah seperti sebuah rumah kondominium kerana luas.