Pada hari ini satu acara lelongan barangan milik Rozita Che Wan (Che Ta) dijadualkan akan berlangsung. Bagaimanapun acara tersebut ditunda ke satu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kemudian.

Memetik laporan Harian Metro, wakil peguam Mara yang enggan dikenali dilapor memberitahu, lelongan ditunda selepas Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membenarkan permohonan Che Ta selaku defendan untuk menangguhkannya.

Baca Juga:

Dalam pada itu, Che Ta memuat naik hantaran Instagram Story meminta pihak media membetulkan kenyataan, serta mendapatkan berita yang sahih.

Sumber Gambar: Instagram Story @rozitachewan1

“Satu hari nanti saya akan buat kenyataan yang sebenar-benarnya,” tegas Che Ta.

Terdahulu, Che Ta dilaporkan membuat pinjaman MARA berjumlah RM960,000 untuk syarikat milik pelakon itu, RCW Worldwide Sdn Bhd di mana Rozita dan anak lelakinya itu sebagai penjamin.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata beliau telah mengarahkan bahagian undang-undang MARA mengambil tindakan muflis terhadap pelakon itu kerana sudah memberi tempoh secukupnya untuk Che Ta melunaskan hutang pinjaman hampir RM1 juta yang dibuatnya sejak tujuh tahun lalu.

Sumber