Juadah nasi lemak cukup terkenal dengan nasi putih, kacang, ikan bilis bersama sambal sebagai pelengkapnya. Agak janggal jika salah satu komponen penting tidak diberikan dan dijual berasingan pula.
Ini yang terjadi kepada seorang chef terkenal di TikTok di mana dia meluahkan kekesalan dengan satu rangkaian restoran terkemuka yang menjual set nasi lemak dengan harga yang tidak masuk akal di Subang Skypark Airport.
Difahamkan nasi lemak sedia dijual berharga lebih RM5 dan lebih menyedihkan lagi apabila perlu membayar caj tambahan untuk sambalnya.
“Jangan cuba menipu duit customers boleh? Kepala hangguk dia jual nasi lemak tak ada sambal & kena tambah duit lain kalau nak sambal!
“They expect you to buy additional sambal to eat with RM5.90 nasi lemak telanjang. Seriously?,” katanya.
Selain perlu membayar sambalnya, dia juga tidak dapat menerima rendang ayam yang ditawarkan hanya datang dengan beberapa cebis potongan ayam pada harga RM4.90.
@chef.zam Jangan cuba menipu duit customers!, boleh??? Kepal hangguk dia jual nasi lemak tak de sambal & kena tambah duit lain kalau nak sambal!!!🤬🤬🤬🤬 @Bungkus Kaw Kaw @KPDN SELANGOR @KPDN
@chef.zam Replying to @Leo Chrisnell @Bungkus Kaw Kaw
Pada video seterusnya, dia langsung menggelarkan ia sebagai nasi lemak ‘telanjang’ kerana sambal dijual berasingan. Berkaitan kuantiti rendang ayam yang dijual, Chef Zam berpendapat anak yang bersekolah di tadika pun boleh dapat portion ayam yang lebih besar.
Susulan itu, Chef Zam lalu mempersoalkan di manakah rasionalnya buat restoran terkemuka itu menjual makanan yang tidak lengkap serta kuantiti yang tidak sepadan dengan harganya.
Sudahlah harga cekik darah, kualiti dan kuantiti juadah yang dijual secara keseluruhannya tidak mencapai standard yang diharapkan.