Sejak akhir-akhir ini, media sosial kita dibanjiri dengan klip video warga Malaysia yang sanggup mengembara jauh ke Indonesia, bukan sekadar untuk melancong, tetapi demi memburu snek tular yang dikenali sebagai Chikuro.
Fenomena ini mencetuskan gelombang luar biasa sehingga stok di kebanyakan cawangan dilaporkan licin diborong habis oleh pelancong dari negara jiran.
@emma_delicious_bakery Alhamdulillah memang padu penangan CHIKURO semalam! Yang belum dapatkan, jangan risau 9 malam 18/4/26 stock 500pcs lagi akan mendarat hanya RM18 sahaja tau!π«Άπ»π β° Waktu Operasi: 12 tengahari – 12 malam (Setiap Hari) πWaze/Google Maps: Emma Delicious Bakery (Hq) Gbs Helmet Setapak (Bawah Gbs Helmet) C-1-1, Residensi 357 Setapak (The Nest) Lorong 2/23D, Setapak, KL #emmadeliciousbakery #kedaidessert #viral #kualalumpur #chikuro
Dimaklumkan oleh warga tempatan di Indonesia bahawa kedai chikuro di cawangan Gandaria City telah habis diborong oleh pelancong Malaysia. Malah, ada pesanan yang melebihi 200 keping sehingga membataskan warganya sendiri untuk menikmati di sana.
“Biar betul @chikuro.id, cawangan Gancy (Gandaria City) tutup sebab pelancong Malaysia borong 300 biji terus? Tolonglah hadkan pesanan setiap orang, ni dah macam nak buat kenduri pesan kat outlet biasa macam tu,” luah seorang netizen.

Namun, di sebalik keresahan warga tempatan yang kempunan untuk merasai snek tersebut, timbul satu reaksi yang cukup matang dan menyentuh hati daripada netizen Indonesia.
Alih-alih merasa kesal, mereka menyambut trend ini dengan tangan terbuka, malah menyifatkan kuasa membeli warga Malaysia sebagai salah satu ‘enjin’ yang membantu menggerakkan roda ekonomi setempat.
“Dah, biarkan sajalah mereka belanja banyak kat negara kita. Biar (duit) pusing.”
“Tak kisah sangat pun warga Malaysia nak beli. Kira bantu ekonomi negara kita jugak tu.”
“”Salah satu penggerak ekonomi Indonesia ni pelancong Malaysia lah, sebab hobi mereka memang suka berbelanja ahahah,” demikian antara reaksi positif yang dikongsikan oleh netizen Indonesia.
Sampaikan mereka juga tidak menyangka snek berasaskan ayam itu boleh laku keras dan menepati citarasa oleh negara kita.

Disoal adakah ia akan rosak jika dibawa dalam penerbangan lalu sampai ke tangan pelanggan, ada yang berkongsi ia masih selamat untuk dimakan dan boleh dipanaskan untuk mendapatkan rasa seperti baharu dibeli di kedai fizikal.
Dalam pada itu, sebahagian netizen jiran juga menyarankan kepada warga setempat yang berhajat mahu menikmati chikuro bolehlah pergi ke cawangan lain kerana difahamkan terdapat lebih 12 cawangan lain yang berkemungkinan tidak diborong oleh warga Malaysia kerana faktor jarak dan seumpamanya.

Harga jualan di Malaysia yang mencecah RM25 turut menjadi sorotan oleh netizen Indonesia kerana tidak menyangka permintaannya masih tinggi walaupun harga yang berlipat kali ganda mahal.
Hakikatnya, fenomena Chikuro ini lebih daripada sekadar trend makanan tular; ia adalah bukti keakraban dua negara jiran yang berkongsi cita rasa yang hampir serupa.
Bagaimana rasanya?
Keunikan sebenar Chikuro terletak pada inovasi resipinya yang menggabungkan elemen kulinari yang jarang ditemui dalam snek harian.
Berbeza dengan churros tradisional yang berasaskan tepung semata-mata, Chikuro memperkenalkan konsep ‘churros ayam’ di mana adunan dohnya dicampur bersama isi ayam yang dikisar halus, memberikan rasa sedap yang lemak dan unik.
Tekstur luarnya digoreng sehingga sangat rangup, manakala bahagian dalamnya kekal lembut dan kenyal, memberikan kepuasan pada setiap gigitan.
Apa yang membuatkan ramai ‘ketagih’ adalah kepelbagaian intinya yang melimpah. Gabungan rasa masin daripada doh ayam dan pelbagai pilihan inti di dalamnya mencipta profil rasa harmoni yang sukar didapati pada snek lain
Walaupun timbul sedikit “drama” stok habis di sana-sini, namun kematangan netizen Indonesia dalam melihat situasi ini sebagai peluang ekonomi menunjukkan semangat serantau yang sangat positif.
Ini membuktikan bahawa kuasa membeli pelancong bukan sahaja memuaskan keinginan tekak, malah secara tidak langsung memberi impak besar kepada sektor perniagaan tempatan.