Dalam era globalisasi tanpa sempadan hari ini, pertukaran budaya dan cita rasa kulinari antara negara serantau sepatutnya menjadi jambatan yang merapatkan hubungan.

Namun, apa yang berlaku apabila inspirasi melangkaui batas etika dan bertukar menjadi eksploitasi?

Baru-baru ini, tular di media sosial keluhan seorang pengguna dari Indonesia yang meluahkan rasa kecewa mengenai insiden pencatutan identiti sebuah jenama makanan terkenal dari negaranya oleh sebuah perniagaan di negara jiran.

Menariknya, isu ini bukan sekadar mengenai resipi yang serupa, tetapi peniruan seratus peratus yang merangkumi rekaan logo, jenis fon, gaya pembungkusan, hinggalah ke senarai menu tanpa sebarang ikatan kerjasama atau francais rasmi.

“Ada rakyat Indonesia yang bersuara mengenai isu perniagaan di negara jiran yang menciplak jenama makanan terkenal secara sepihak. Bermula daripada logo jenama, jenis fon, gaya pembungkusan, sehinggalah ke senarai menu, semuanya menggunakan identiti jenama tersebut tanpa sebarang kerjasama rasmi.

“Bukannya mahu meminta maaf dan menegur rakyat mereka sendiri yang berbuat demikian, ramai pula dalam kalangan mereka yang mengejek orang Indonesia dan membangkitkan isu-isu lain yang jauh tersasar daripada konteks asal.

“Adakah perkara sebegini memang dibenarkan di negara tersebut sehinggakan ramai rakyatnya yang keliru tentang apa punca sebenar masalah ini?”, soalnya dengan nada serius.

Berdasarkan tangkap layar, kelihatan seorang penjual di Malaysia yang mempromosikan makanan tersebut dengan menggunakan label Chikuro termasuk bungkusan, tema yang menyerupai seumpama jenama popular di Indonesia.

Oleh sebab itu, isu pelanggaran hak cipta ini menjadi perbincangan hangat yang mana menjerumuskan kepada pertikaman lidah dan kritikan berat terhadap penjual terbabit.

“Tak buka francais tapi buka bisnes guna nama yang sama? Itu sama macam penipuan.”

“Chikuro tu kan jenama, bukannya nama menu makanan. Jadi kalau nak guna, kena beli lesennya. Kalau nak berniaga sendiri, wajib guna nama lain.”

“Di Indonesia memang sangat sensitif bab ciplak-menciplak tanpa izin ni. Macam contoh sebelum ni, kes Ayam Geprek Bensu tu pun sampai Ruben kena saman.”

Tidak hanya berbincang di platform Threads, perkara ini berlanjutan sehingga ke platform TikTok di mana video asal di muat naik.

@bestfoodmy

Chikuro in KL @treatsout 📍Treats Out @ Bazaria Wnagsa Maju, Kedai no 39 K, Jalan Kilang, Seksyen 1 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur ⏰Tuesday-Sunday; 8pm-12am 🎥 @amirahfoodie

♬ original sound – Best Food Malaysia – Best Food Malaysia

Majoriti warga Indonesia membidas tindakan penjual yang didakwa tidak menjaga sensitiviti tentang isu hak cipta dan berharap tindakan undang-undang akan dikenakan kepada mereka.

Isu Hak Cipta: Netizen Indonesia Persoal Tindakan Peniaga Malaysia Guna Jenama 'Chikuro' Tanpa Izin
Sumber Gambar: TikTOk @Bestfood

Ditambah pula timbul dakwaan sebelum ini yang mengatakan wujud francais baharu Chikuro di Malaysia rupanya ia bukanlah secara rasmi seperti yang dijangkakan oleh orang ramai.

Tindakan mengaut keuntungan atas titik peluh identiti perniagaan orang lain boleh dikenakan tindakan undang-undang sivil, termasuklah saman dan perintah mahkamah untuk menghentikan operasi perniagaan, sekiranya pemilik jenama asal mengambil keputusan untuk memanjangkan hal ini ke muka pengadilan.