China kini mengharamkan penggunaan telefon pintar iPhone dan yang dikeluarkan oleh negara luar daripada digunakan oleh penjawat awam mereka.

Menurut laporan WSJ, selain tidak lagi boleh digunakan, iPhone dan peranti keluaran negara luar juga dilarang dibawa masuk ke dalam pejabat mereka bertugas.

Baca Juga:

Bagaimanapun, ketika ini hanya peranti Apple sahaja yang disenaraikan sementara peranti keluaran negara luar tidak pula diketahui. Difahamkan pekerja menerima arahan kerajaan ini menerusi group chat  dan juga di dalam mesyuarat.

Ini dilihat sebagai tindakan balas oleh China terhadap negara Barat yang mengharamkan pemasangan aplikasi TikTok pada peranti pintar yang diberikan oleh kerajaan kepada penjawat awam. Selain itu Amerika Syarikat juga telah memulakan usaha untuk mengharamkan operasi TikTok di negara mereka atas alasan keselamatan.

Bahkan, China juga ingin mengurangkan pergantungan kepada teknologi dari luar dan mahu bergerak secara sendirian sahaja.

Perang dingin antara China dan Amerika Syarikat telahpun menyebabkan Huawei kehilangan kontrak 5G sehingga kelengkapan mereka diharamkan di beberapa negara EU.