Netizen seluruh dunia kagum dengan cara China mengendalikan pembinaan bangunan di tengah bandarnya dengan teknologi inflatable dome.

Pekerja pembinaan di bandar Jinan, China telah memasang sebuah kubah inflatable dome, khemah angin gergasi di atas tapak pembinaan besar.

Khemah ini direka khas untuk mengurangkan pelbagai jenis pencemaran ini termasuk pencemaran habuk dan bunyi.

China

Ia sekaligus menyediakan persekitaran yang lebih bersih dan senyap kepada penduduk berdekatan tapak pembinaan.

Dengan ketinggian kira-kira 50 meter dan meliputi kawasan seluas lebih kurang 20,000 meter persegi, inflatable dome ini dibina daripada bahan yang tahan lasak dan ringan.

Bentuknya dikekalkan menerusi tekanan udara berterusan, yang membolehkannya berdiri tanpa memerlukan tiang atau rasuk dalaman. Ini memberi lebih ruang kepada pekerja untuk bekerja di dalamnya.

Kenapa menggunakan inflatable dome?

Aktiviti pembinaan sering menghasilkan tahap habuk yang tinggi, yang boleh menjejaskan kualiti udara.

Ia turut mempengaruhi kualiti hidup penduduk di sekitar tapak pembinaan. Di mana ada projek pembinaan mengambil masa bertahun tahun lamanya untuk disiapkan.

Untuk mengurangkan pencemaran, kubah ini membantu mengekang habuk daripada merebak ke rumah dan premis perniagaan berdekatan.

Ia juga berfungsi sebagai penghalang bunyi. Peralatan berat pembinaan boleh menghasilkan bunyi yang kuat dan mengganggu penduduk sekitar.

Dengan menggunakan kubah, tahap bunyi dapat dikurangkan dengan ketara. Selain itu, rungutan penduduk setempat juga boleh dikurangkan dengan langkah seperti ini.

Teknologi inflatable dome kian mendapat perhatian di China untuk sektor pembinaan. Di mana beberapa projek mega yang lain juga merancang menggunakan pendekatan yang sama di masa akan datang.

Sebelum ini teknologi ini banyak digunakan dalam projek seperti gelanggang sukan dan sebagainya.

sukan

Netizen benar benar kagum dengan usaha China ini. Salah seorang berkata: “China menghasilkan teknologi yang bukan sahaja canggih namun berdasarkan logik akal (common sense). Sesuatu yang Amerika tak mampu.”