Kejohanan Badminton China Masters 2025 yang bermula pagi esok di Shenzen Arena bakal menampilkan barisan pemain-pemain terbaik dunia.
Malaysia juga menghantar 15 wakil bagi bersaing di kejohanan berstatus Super 750 dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF) itu.
Baca Juga:
- Senarai Pemain Badminton Malaysia Yang Sertai China Masters 2025

- Peminat Mahu Rexy Mainaky Dikurniakan Gelaran Datuk Atas Sumbangan Besar Buat Badminton Negara

- Ini Jumlah Wang Bakal Diraih Pemain Dalam Kejohanan Badminton Terbuka Jerman 2025

Dengan status yang tinggi, kejohanan itu bukan sahaja menarik kehadiran pemain-pemain terbaik malah hadiah yang ditawarkan kepada pemenang juga cukup lumayan.
Jumlah hadiah keseluruhan hadiah dalam saingan China Masters 2025 adalah bernilai $1,250,000 (RM5,255,725.14).
Hadiah China Masters 2025
Tewas di pusingan pertama
Pemain yang perjalanannya terhenti seawal pusingan pertama (Pusingan 32) akan menerima $1,250 (kira-kira RM5,256.90) bagi semua acara dipertandingkan.
Tewas di pusingan kedua (Round of 16)
Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua akan membawa pulang $3,750 (RM15,768.23).
Manakala, pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran pula bakal meraih $4,062.50 (RM17,040.20).
Tewas di suku akhir
Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua bakal menerima $6,875 (RM28,910.12) manakala pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran akan membawa pulang $7,812.50 (RM32,852.41).
Tewas di separuh akhir
Bagi pemain yang terlepas peluang untuk ke perlawanan akhir dalam semua acara dipertandingkan, mereka menerima wang tunai bernilai $17,500 (RM73,594.40).
Naib Juara
Naib juara bagi perseorangan lelaki dan wanita, mereka akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai $42,500 (RM178,731.29).
Bagi kategori beregu lelaki, wanita dan campuran, mereka bakal menerima $43,750 (RM183,973.88 .
Juara
Habuan yang cukup lumayan diterima juara perseorangan lelaki dan wanita apabila mereka akan membawa pulang $87,500 (RM367,947.75 ) manakala tiga kategori lain dalam acara beregu pula menerima $92,500 (RM388,969.75).
- * 20% cukai tempatan dikenakan