Berakhirnya Terbuka Hong Kong dimana Pearly Tan-M. Thinaah menjadi wakil terbaik negara dengan mara ke separuh akhir, tumpuan pemain badminton kini beralih pula ke saingan China Master 2025 yang bakal bermula pagi esok di Shenzen Arena.

Kejohanan yang berstatus Super 750 dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF) itu menyaksikan kehadiran pemain-pemain terbaik dunia untuk memburu kejuaraan China Masters 2025.

Baca Juga:

Pasangan juara dunia acara beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei juga akan kembali beraksi selepas berehat sebaik sahaja meraih kejayaan manis di Paris tempoh hari.

Malaysia menyandarkan harapan kepada 15 wakil yang bakal turun beraksi dimana enam daripadanya merupakan barisan pemain beregu lelaki.

Berikut merupakan senarai penuh pemain negara yang menyertai Kejohanan Badminton China Masters 2025:

China Masters 2025

Perseorangan Lelaki

1) Leong Jun Hao

2) Lee Zii Jia

Beregu Lelaki

3) Aaron Chia-Soh Wooi Yik

4) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani

5) Man Wei Chong-Tee Kai Wun

6) Wan Arif Junaidi-Yap Roy King

7) Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong

8) Ong Yew Sin-Teo Ee Yi

Beregu Wanita

9) Pearly Tan-M. Thinaah

10) Go Pei Kee-Teoh Mei Xing

11) Ong Xin Yee-Carmen Ting

Beregu Campuran

12) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei

13) Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai

14) Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin

15) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien